ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Jun 2024.


1. Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan akronim BRICS, kata jurucakap Kementerian Luar Nikorndej Balankura.



2. Majlis Perlembagaan Perancis lulus pilihan raya kilat

Majlis Perlembagaan Perancis menolak semua bantahan terhadap penjadualan saat-saat akhir pilihan raya parlimen dalam keputusan pada Khamis.

3. Sekolah UNRWA jadi sasaran serangan udara Zionis

Lebih lapan bulan selepas perang di Gaza bermula, kempen ketenteraan darat dan udara Israel terus mengganas.


4. Hospital Al-Quds di utara Gaza akan dibuka semula

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengumumkan bahawa salah satu pasukan pentadbiran telah tiba di Gaza pada Khamis untuk membantu mengaktifkan semula perkhidmatannya.


5. PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza

Bantuan kemanusiaan berupa bekalan daging sebanyak 11 tan telah tiba di Tebing Barat.


6. Jutaan terperangkap banjir landa timur laut Bangladesh

Banjir di sebahagian kawasan timur laut Sylhet, Bangladesh akibat aliran air deras dari hulu sungai yang disertai hujan lebat telah menjejaskan jutaan orang dan memaksa puluhan ribu orang berpindah.


7. Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat

Amerika Syarikat hari ini mengharamkan penjualan semua aplikasi keluaran Kasperksy Lab atas sebab-sebab keselamatan.
 

8. 'Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada Khamis bahawa Korea Selatan membuat kesilapan besar jika meneruskan rancangan untuk membekalkan senjata ke Ukraine.


9. WHO beri amaran ubat diabetes palsu, banyak diguna untuk kurus badan

Ubat diabetes palsu telah diedarkan di seluruh dunia sejak 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


10. Syarikat Indonesia sedia tingkat perdagangan, kerjasama pada Sidang Kemuncak Malaysia-China

Kumpulan perniagaan di Indonesia menyifatkan Sidang Kemuncak Malaysia-China (MCS) 2024 sebagai aspek penting untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama, justeru sedang mengatur delegasi bagi sidang kemuncak berkenaan pada akhir tahun ini di Kuala Lumpur.