KUALA LUMPUR: Selaras dengan perubahan dalam landskap global semasa, langkah Malaysia untuk menganggotai BRICS, sebuah perkumpulan geo-politik terbesar dan paling berpengaruh, sememangnya langkah yang tepat.
Perkumpulan itu diasaskan negara Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang membentuk akronim BRICS, namun keanggotaannya terus berkembang dengan pantas apabila banyak negara mencari platform multipolar.
Minggu lepas Thailand mengemukakan permintaan rasminya untuk menyertai perkumpulan ekonomi sedang pesat membangun itu.
Thailand dilaporkan berharap dapat menyertai perkumpulan itu pada sidang kemuncak BRICS seterusnya di Rusia pada Oktober, yang akan menjadikan ia sebagai negara ASEAN pertama yang menganggotainya.
Bagaimanapun, penyertaan Malaysia dalam BRICS akan menjadi lebih signifikan memandangkan ia akan menjadi Pengerusi Asean tahun depan.
Melihat kepada pengaruh dan ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat global, pastinya ia bertambah signifikan lagi.
Negara anggota baharu BRICS kini termasuk Arab Saudi, Iran, Ethiopia, Mesir serta Emiriah Arab Bersatu, dan kini lebih 30 negara telah menyatakan minat untuk turut sama menyertai perkumpulan itu, menurut laporan Reuters minggu lepas.
Bagaimanapun, ada juga pihak-pihak yang menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan Malaysia untuk menyertai BRICS, kumpulan yang mereka katakan dipelopori oleh Rusia dan China.
Mereka melihat dua negara ini yang telah mencabar orde dunia yang diterajui Amerika Syarikat (AS) dan sekutu baratnya.
Walaupun kebimbangan ini boleh difahami, ia bukanlah tepat sepenuhnya.
Contohnya India, yang dianggap 'rapat' dengan Barat, di samping sering dilaporkan mempunyai 'banyak perbezaan' dengan China, namun ia juga mempunyai reputasi untuk melaksanakan dasar-dasar luar negara yang sangat bebas.
Malaysia telah berulang kali menyatakan bahawa ia tidak akan mengambil sikap berpihak dalam perbalahan antara AS dan China, dan cukup berhati-hati dalam mengendalikan situasi yang sukar itu.
Lagipun Malaysia juga mendapat banyak manfaat daripada perang cip AS-China, contohnya dengan Pulau Pinang menjadi penerima terbesar.
Negeri itu dilaporkan menarik RM60.1 bilion pelaburan asing pada 2023, lebih besar berbanding gabungan jumlah yang diterima dari 2013 hingga 2020.
Sudah tentu Malaysia akan terus mengalu-alukan pelaburan AS ke Malaysia, dan tidak akan melakukan sesuatu yang akan menjejaskan persahabatan itu.
Laporan itu berkata bahawa sekatan yang meluas terhadap teknologi China, terutamanya bagi pembuatan cip, adalah sebab utama yang mengundang tarikan terarah kepada Malaysia yang neutral.
Pada masa yang sama, Malaysia juga sedar bahawa China telah menjadi rakan dagang terbesarnya sejak 40 tahun lepas.
Malaysia seperti negara lain tidak boleh mengabaikan kenyataan bahawa China memiliki Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbesar dalam kalangan negara-negara BRICS.
Apabila digabungkan, blok BRICS mempunyai KDNK lebih besar sedikit daripada AS.
Menurut laporan, BRICS kini menyumbang 37.3 peratus daripada KDNK dunia, atau lebih separuh daripada Kesatuan Eropah pada 14.5 peratus, namun banyak negara anggotanya dilihat semakin kecewa dengan pergantungan terhadap dolar Amerika.
Penyertaan dalam BRICS pastinya akan meluaskan lagi pasaran dan besar kemungkinan membantu mengurangkan pergantungan berlebihan kepada dolar AS untuk urusan perdagangan, dengan penggunaan mata wang tempatan.
Sebagaimana kata ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama, "ia akan melindungi negara dan rantau ini dengan berkesan daripada perubahan dalam dasar monetari AS dan turun naik mata wang, yang berpotensi meningkatkan kebolehramalan dalam pasaran mata wang dan mengurangkan kos urus niaga bagi pengeksport dan pengimport.
Kemasukan negara anggota baharu pastinya memberikan kelebihan kepada BRICS, namun sebagaimana ASEAN, ia juga berfungsi atas dasar konsensus.
Kemasukan anggota baharu adalah berdasarkan konsensus antara negara-negara anggota. Tidak ada kemasukan automatik, dan Malaysia masih perlu berada dalam senarai menunggu.
Antara kriteria pemilihan untuk Kategori Negara Rakan Kongsi Baharu, termasuk perwakilan yang baik dan hubungan rapat dengan ngara anggota BRICS, kedudukan kukuh dalam politik serantau dan antarabangsa, serta ekonomi, dan tidak mengenakan sebarang sekatan unilateral kepada negara anggota BRICS.
Ia juga bukan berdasarkan 'siapa cepat dia dapat', sebaliknya keputusan politik pemimpin negara-negara anggota BRICS perlu diutamakan.
Namun apabila melihat kepada kelayakan Malaysia dan ketokohan Anwar Ibrahim, pastinya kita akan diberi pertimbangan yang paling wajar. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Selaras dengan perubahan dalam landskap global semasa, langkah Malaysia untuk menganggotai BRICS, sebuah perkumpulan geo-politik terbesar dan paling berpengaruh, sememangnya langkah yang tepat. - Gambar hiasan Bernama
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Brazil jadi tuan rumah sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada Julai
Brazil mengambil alih jawatan pengerusi pada 1 Jan dan mengetuai kumpulan kerja bagi menyediakan agenda dan topik untuk sidang kemuncak.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

Trump ancam kenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS jika cipta mata wang baharu
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS sekiranya blok itu mencipta mata wang baharu.

Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.

Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia
Isu itu adalah antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam panggilan video pada Selasa.

Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.

ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.