PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin, menyampaikan hadiah limosin Aurus, kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dalam lawatannya ke Pyongyang pada Rabu.


Ringkasan AI
  • **Putin Hadiahkan Limosin Aurus kepada Kim Jong Un**: Presiden Rusia, Vladimir Putin, memberi hadiah limosin Aurus kepada Kim Jong Un, semasa lawatannya ke Pyongyang pada Rabu.
  • Putin dan Kim Bertukar Tempat Memandu**: Rakaman video menunjukkan Putin memandu kereta itu, model rasmi presiden Rusia, dengan Kim tersenyum di tempat penumpang. Mereka kemudian bertukar tempat duduk dan Kim pula memandu.
  • Kunjungan Putin ke Pyongyang**: Lawatan ini menunjukkan hubungan kerja rapat antara kedua pemimpin. Putin menandatangani perjanjian penting termasuk ikrar pertahanan bersama, yang dianggap Kim sebagai satu bentuk perikatan.


Rakaman video oleh televisyen Rusia menunjukkan Putin memandu kereta itu, model kereta rasmi presiden di Rusia, dengan Kim tersenyum di tempat duduk penumpang. Mereka kemudian bertukar tempat duduk dan Kim mengambil giliran memandu.

Peristiwa itu menujukkan hubungan kerja yang rapat dan keselesaan kedua-dua pemimpin tersebut. Ini juga merupakan kunjungan pertama Putin ke Pyongyang dalam tempoh 24 tahun.

Rakaman video oleh televisyen Rusia menunjukkan Putin memandu kereta itu, model kereta rasmi presiden di Rusia, dengan Kim tersenyum di tempat duduk penumpang. - Reuters

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini menandatangani perjanjian termasuk ikrar pertahanan bersama, yang merupakan langkah penting Rusia di Asia Pasifik sejak beberapa tahun lalu dan dianggap Kim sebagai satu "perikatan".

Seorang pembantu Putin berkata, pemimpin Rusia itu telah menghadiahkan Aurus tersebut kepada Kim. Ini merupakan limosin buatan Rusia kedua yang dimiliki oleh Kim.

Media Korea Utara melaporkan pada Mac bahawa Kim telah menerima hadiah Aurus daripada Putin buat pertama kali pada Februari.

Bagaimanapun, Korea Selatan menyatakan bahawa pemberian Aurus itu adalah pelanggaran terhadap sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan berhubung program senjata nuklear Korea Utara.

Kim dipercayai mempunyai koleksi besar kereta mewah termasuk model Maybach, Mercedes-Benz, dan Rolls Royce yang diseludup masuk ke negara itu, sekali gus melanggar sekatan PBB.