Malaysia kini tidak lagi yakin dengan pendekatan masyarakat antarabangsa bahawa satu-satunya cara untuk mencapai objektif bagi pewujudan dua-negara (two-state solution) ialah melalui rundingan dua hala secara langsung di antara Palestin dan Israel.
Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, selama 20 tahun pendekatan ini diambil, ia telah gagal untuk menyelesaikan konflik ini.
"Malahan, telah menjejaskan kemungkinan untuk mencapai objektif tersebut, terutama kerana peningkatan penempatan-penempatan haram Israel dan pembinaan dinding Apartheid Israel di tanah Palestin.
"Pesyuarat bahawa negara Israel telah ditubuhkan oleh PBB melalui resolusi Perhimpunan Agung PBB. Namun, Palestin kini dihalang dari mencapai status negara merdeka melalui wadah PBB," katanya dalam satu kenyataan mengenai situasi di Palestin.
Reezal mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar New Zealand - Sumber gambar Kedutaan Malaysia di New York
Reezal kini berada di New York untuk menghadiri Debat Terbuka Majlis Keselamatan mengenai keadaan di Timur Tengah.
Dalam pada itu, Reezal turut memberi amaran bahawa penjajahan berterusan tanah Palestin oleh Israel dan penindasan secara sistematik oleh Israel ke atas rakyat Palestin merupakan faktor utama yang membangkitkan kemarahan dan meningkatkan sentimen ekstrimisme di kalangan umat Islam di seluruh dunia.
"Masyarakat antarabangsa perlu mengambil langkah-langkah berani bagi mencapai objektif pewujudan dua-negara serta aspirasi rakyat Palestin.
"Saya gesa agar masyarakat antarabangsa bersedia untuk menimbangkan penyelesaian di platform lain selain Majlis Keselamatan PBB sekiranya Majlis Keselamatan PBB kekal lumpuh dan menjadi tidak lagi relevan bagi menyelesaikan isu Palestin-Israel," jelasnya.
Secara keseluruhannya, sebanyak 54 negara ahli PBB telah mengambil bahagian di dalam mesyuarat ini. Kenyataan Malaysia telah diterima baik oleh beberapa delegasi, termasuk Palestin, New Zealand, Spain, Mesir, Thailand and Chad.
Mesyuarat yang diadakan setiap suku tahun tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Luar Sepanyol José Manuel García-Margallo, yang merupakan Presiden Majlis Keselamatan PBB untuk bulan Oktober.
Turut hadir di mesyuarat tersebut adalah Menteri-menteri Luar Negeri Jordan, New Zealand, Venezuela, dan Palestin.
Semasa mesyuarat tersebut, Timbalan Setiausaha Agung PBB Jan Eliasson telah memberi taklimat mengenai situasi terkini di Palestin dan Israel yang sedang bergolak sejak awal bulan Oktober, di mana seramai 47 rakyat Palestin dan 7 rakyat Israel telah terkorban, serta lebih dari 5,000 rakyat Palestin dan 70 rakyat Israel telah mengalami kecederaan.
Eliasson turut mendesak kedua-dua pihak di dalam konflik ini menghentikan keganasan, ketegangan dan hasutan dengan serta-merta, dan memulakan semula rundingan damai bagi mencapai keamanan dan keselamatan yang berkekalan.
Astro Awani
Sat Oct 24 2015
REEZAL: 'Kita tidak yakin pendekatan antarabangsa selesai isu Palestin dan Israel' - Gambar fail
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Serangan Israel hantar mesej tolak perdamaian - Najib
Mesej disampaikan Israel jelas tertulis pada darah rakyat Lubnan iaitu menolak langkah perdamaian dibincangkan.
Pembunuh rabai di UAE akan diburu - Netanyahu
Pegawai Kementerian Luar Israel turut menasihatkan rakyat Israel dan komuniti Yahudi di UAE agar sentiasa berwaspada.
23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di timur Lubnan
Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza penghinaan terhadap kemanusiaan - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan 'sekatan tegas' ke atas Israel.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
Letupan gegar dua perkampungan di selatan Lubnan
Gegaran letupan turut dirasai berhampiran Marjayoun, dengan kepulan asap menyelubungi ruang angkasanya.
Tiada pertukaran tebusan, tahanan tanpa akhiri perang Gaza - Hamas
Hamas menegaskan tidak akan ada perjanjian pertukaran tebusan untuk tahanan dengan Israel melainkan perang di kawasan Palestin itu berakhir.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
3 askar Lubnan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas kemudahan tentera
Tentera Lubnan pada Selasa memaklumkan bahawa tiga anggotanya terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pos tentera di Sarafand.