Menurut Keselamatan Eropah Barat berkata dakwaan dibuat selepas terdapat gambar keduanya di pasport rakyat Brazil selain dokumen itu dipercayai sah di sisi undang-undang, lapor Reuters.
“Keluarga pemerintah telah memalsukan pasport rakyat Brazil dan hal ini terbukti apabila gambar di pasport itu menunjukkan Kim Jong Un dan Kim Jong Il untuk memohon visa dari kedutaan asing.
“Ini turut membuktikan keluarga tersebut mempunyai keinginan untuk melawat ke luar negara,” ujar Keselamatan Eropah Barat.

Dalam pada itu, kedutaan Korea Utara di Brazil tidak memberi sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Brazil masih lagi menyiasat dakwaan itu.