KAHERAH: Keselamatan di Timur Tengah memerlukan penyelesaian yang adil dan menyeluruh kepada masalah Palestin, kata Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud pada Sabtu, lapor Sputnik.
"Keselamatan di Timur Tengah memerlukan penyelesaian yang adil dan menyeluruh kepada masalah Palestin berdasarkan undang-undang antarabangsa dan inisiatif keamanan Arab, menjamin hak rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara merdeka berdasarkan sempadan 1967," katanya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Beliau berkata Arab Saudi menolak sebarang tindakan yang menghalang penyelesaian isu Palestin.
Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai ketegangan di Sudan yang turut perlu ditangani segera dan menggesa penyelesaian bagi krisis Syria dan pentingnya keselamatan serta kestabilan di Yaman.
Selain itu, menteri itu berkata Riyadh sedang berusaha untuk menstabilkan harga tenaga.
Dalam perkembangan yang lain, pada Rabu, Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman Al Saud berkata Arab Saudi "semakin hampir" untuk menormalkan hubungan dengan Israel.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel kini di ambang perjanjian damai bersejarah dengan Arab Saudi yang akan mengubah wajah Timur Tengah.
Hubungan antara Palestin dan Israel tegang sejak tahun 1948.
Palestin mencari pengiktirafan diplomatik bagi negara merdeka mereka di wilayah Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur yang sebahagiannya diletakkan di bawah pendudukan Israel dan Semenanjung Gaza.
Israel enggan mengiktiraf Palestin sebagai entiti politik dan diplomatik yang merdeka dan terus membina penempatan haram di kawasan pendudukan, walaupun dibantah PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Faisal berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, 23 Sept 2023. - REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Malaysia kekal konsisten pertahan hak Palestin - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan juga kekal teguh dengan hak Palestin dan rakyatnya untuk membangunkan semula negara itu secara bebas.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.