“Situasi serius sedang berlaku dan nyawa penduduk kini dalam bahaya, maka situasi darurat telah diisytiharkan bermula hari ini (Selasa),” menurut satu kenyataan oleh Kementerian Penerangan negara itu.
![Myanmar](http://img.astroawani.com/2015-02/81424183929_freesize.jpg)
Ketua turus angkatan tentera Myanmar kini menguasai sepenuhnya kawasan bergolak untuk memastikan kestabilan dan undang-undang di kawasan terjejas. - Foto AFP
Wilayah Kokang yang terletak di dalam negeri Shan menyaksikan serangan udara oleh tentera kerajaan dan pertempuran bersenjata sejak 9 Februari lalu.
Dalam satu pengumuman berasingan, kementerian yang sama turut mengumumkan yang ketua turus angkatan tentera negara itu kini berkuasa sepenuhnya untuk memastikan kestabilan dan undang-undang di kawasan terjejas.