BEIJING: ASEAN kekal sebagai rakan perdagangan terbesar China, dengan jumlah dagangan dua hala mencapai CNY3.92 trilion (AS$546.6 bilion) dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut statistik oleh Pentadbiran Am Kastam China (GAC).

Daripada jumlah itu, eksport China ke ASEAN mencecah CNY2.36 trilion, meningkat 13.7 peratus tahun ke tahun, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

China menjadi rakan perdagangan terbesar ASEAN selama 15 tahun berturut-turut, manakala ASEAN menjadi rakan perdagangan terbesar China selama empat tahun berturut-turut.

Pada tahun lepas, hasil perdagangan dua hala menyumbang 15.4 peratus daripada nilai perdagangan antarabangsa China, dan jumlah itu adalah 15.8 peratus dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.

Dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN, Vietnam, Malaysia, dan Indonesia adalah rakan perdagangan utama China dengan nilai dagangan masing-masing meningkat sebanyak 24.1 peratus, 13.7 peratus, dan 4.1 peratus dalam tempoh kajian, katanya.

- BERNAMA