SINGAPURA: ASEAN harus mengekalkan keputusan yang dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 untuk hanya menjemput wakil bukan politik dari Myanmar ke mesyuarat-mesyuaratnya sehingga terdapat kemajuan ketara dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Pandangan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kepada rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Sen dalam satu pertemuan menerusi sidang video pada 14 Januari 2022, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.
Semasa sesi itu, MFA berkata, Hun Sen menjelaskan kepada Lee berhubung keutamaan dan agenda Pengerusi ASEAN Kemboja untuk 2022.
Menurut kenyataan itu, Lee menyebut tiada sebarang kemajuan ketara dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN sejak diterima pada 24 April 2021, semasa mesyuarat di Sekretariat ASEAN di Jakarta antara Pemimpin ASEAN dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.
"Sebarang perbincangan untuk menyemak semula keputusan Pemimpin ASEAN perlu berdasarkan fakta baharu," kata kenyataan itu.
MFA berkata Lee menekankan keperluan bagi Pengerusi ASEAN itu untuk melibatkan semua pihak yang berkenaan, termasuk Tatmadaw (tentera Myanmar) dan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).
"Tatmadaw mencadangkan gencatan senjata dengan Pertubuhan Bersenjata Etnik (EAO) sahaja, sedangkan Konsensus Lima Perkara turut merujuk kepada penamatan keganasan terutamanya terhadap lawan politik Tatmadaw dan orang awam ," kata kenyataan itu.
Menurut MFA lagi Lee menyatakan, hanya beberapa hari selepas lawatan Hun Sen, berlaku lagi serangan oleh Tatmadaw terhadap lawan politiknya, dan hukuman penjara tambahan dikenakan ke atas Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi.
Kenyataan itu menyebut Lee tidak pasti peranan yang boleh dimainkan oleh ASEAN atau Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar dalam menyelaras gencatan senjata kerana tiada akses kepada semua pihak.
Menurut Lee, terdapat keperluan untuk kemajuan dalam penyampaian bantuan kemanusiaan menerusi penglibatan Pusat Penyelarasan ASEAN mengenai pengurusan bencana (Pusat AHA) dengan kerjasama Tatmadaw.
Lee bersetuju bahawa cadangan yang dibangkitkan oleh Pengerusi ASEAN itu perlu dibincangkan dengan lebih lanjut dalam kalangan Menteri Luar dan Pegawai Kanan ASEAN dan berharap Kemboja akan mempertimbangkan pandangannya dan pandangan Pemimpin ASEAN yang lain.
Beliau menegaskan komitmen Singapura untuk bekerjasama dengan Kemboja dan Negara Anggota ASEAN yang lain dalam pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara ASEAN dan keputusan ASEAN yang berkaitan.
MFA berkata Lee juga menegaskan sokongan republik itu terhadap Kemboja selaku Pengerusi ASEAN dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Hun Sen atas taklimat mengenai lawatannya ke Myanmar baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022
Semasa sesi itu, MFA berkata, Hun Sen (kanan) menjelaskan kepada Lee berhubung keutamaan dan agenda Pengerusi ASEAN Kemboja untuk 2022.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan
Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Malaysia manfaatkan kepakaran Thaksin untuk pacu kemajuan ASEAN
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Malaysia teguh pertahankan prinsip dasar luar
Malaysia kekal teguh dalam mempertahankan prinsip dasar luar yang mementingkan ekonomi terbuka, keamanan dan berkecuali sambil menolak sebarang bentuk ketidakadilan.
Malaysia perlu cadang langkah lebih tegas tangani isu hak asasi manusia di ASEAN - Penganalisis
Malaysia perlu mencadangkan langkah lebih tegas dalam menangani isu hak asasi manusia yang berlaku di peringkat negara-negara anggota ASEAN.
PM cuba bawa kejayaan Thaksinomik ke seluruh ASEAN - Penganalisis
Lantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat kepada Pengerusi ASEAN adalah usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa kemakmuran ekonomi ke seluruh negara ASEAN.
Trafik penumpang udara naik kepada 8 juta pada November 2024 - MAVCOM
Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024.
ASEAN perlu ambil sikap neutral proaktif tangani kuasa-kuasa besar - Penganalisis
ASEAN perlu mengambil sikap berkecuali proaktif dalam menangani pertembungan kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan China.
ASEAN25: Malaysia perlu cadang langkah tambahan manfaatkan ZOPFAN bantu ekonomi rakyat – Bekas Duta Besar
Malaysia perlu memanfaatkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi meningkatkan kegiatan ekonomi berasaskan rakyat di Malaysia dan negara-negara anggota.