BEIJING: Operasi dan ujian pengkomersialan kenderaan tanpa pemandu mula dijalankan di Kawasan Pembangunan Teknologi Ekonomi Beijing China sejak penghujung tahun 2022 dan ia telah dilaksanakan di Beijing, Chongqing dan Wuhan.
Selain tiga bandar itu, perkhidmatan pengangkutan pengkomersialan kenderaan tanpa pemandu yang mempunyai petugas keselamatan dalam kenderaan itu telah dijalankan di lebih 10 buah bandar seperti Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen.
Penduduk bandar dapat menikmati perkhidmatan kenderaan tanpa pemandu dengan hanya perlu menggunakan aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar.
Setakat Mac 2022, jalan raya yang dibuka untuk ujian operasi kenderaan tanpa pemandu telah melebihi 5,000 kilometer (km) di China manakala jarak perjalanan yang selamat kenderaan itu mencatat lebih daripada 10 juta km.
Sementara itu, jalan pintar sejauh 3,500 km turut dinaik taraf untuk memastikan kelancaran ujian berkenaan dan kenderaan tanpa pemandu China berjaya mencapai pengiktirafan dunia dari aspek teknologi serta produk.
Kini, banyak syarikat di China sedang menjalankan penyelidikan dan penerokaan teknologi kenderaan itu yang menyaksikan Baidu antara syarikat yang paling banyak menggunakan kenderaan itu.
Usaha penyelidikan dan penerokaan dimulakan pada 2013 oleh Baidu, antaranya kenderaan tanpa pemandu peringkat Apollo L4 telah diuji di perjalanan sejauh 45 juta km.
Selain itu, Baidu turut mempunyai "Patent Family" sebanyak 3,477, sekali gus mengungguli senarai sedunia selama empat tahun secara berturut-turut.
Pada masa sama, Apollo Baidu turut disenaraikan sebagai satu daripada empat "perintis" dalam sektor kenderaan tanpa pemandu global selama dua tahun berturut-turut oleh Guidehouse, iaitu agensi penyelidikan terkemuka di dunia. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Operasi dan ujian pengkomersialan kenderaan tanpa pemandu mula dijalankan di Kawasan Pembangunan Teknologi Ekonomi Beijing China sejak penghujung tahun 2022 dan ia telah dilaksanakan di Beijing, Chongqing dan Wuhan. - Gambar IANS via Prokerala

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kenderaan tanpa pemandu buatan China terima pengiktirafan dunia
Banyak syarikat di China sedang menjalankan penyelidikan dan penerokaan teknologi kenderaan tanpa pemandu.

Wanita Arizona maut dilanggar kereta Uber pandu sendiri
Kejadian tersebut merupakan kes kematian pertama melibatkan kenderaan bebas pemandu sekali gus memberi tamparan hebat kepada teknologi berkenaan.