Selepas tiga dekad, Akihito berundur dari takhta pada Selasa dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Maharaja Tokyo.
Siapakah Maharaja Naruhito? Berikut adalah beberapa fakta mengenai baginda:
- Naruhito diputerakan pada 23 Februari 1960 di Hospital Agensi Kerabat Maharaja di Istana Maharaja Tokyo dan beliau merupakan anak lelaki tertua Akihito.
- Maharaja Naruhito menerima ijazah sarjana muda dalam Sejarah di Universiti Gakushuin pada usia 22 tahun.
- Baginda kemudian mengikuti pengajian tinggi di Oxford University di United Kingdom.
- Nahurito pernah menulis buku berjudul “The Thames And I: A Memoir Of Two Years At Oxford” di mana beliau mencatatkan kisah sehariannya di Oxford and pengembaran di UK selama dua tahun.
- Baginda juga merupakan seorang ahli muzik selain gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung.
- Baginda bertemu isterinya, Maharani Masako, iaitu seorang bekas diplomat yang mendapat pendidikan di Harvard, ketika mereka menghadiri satu majlis minum petang pada tahun 1986 di Tokyo.
- Mereka berkahwin pada tahun 1933 dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Puteri Aiko.
- Portal Inside melaporkan, Naruhito merupakan seorang putera yang lantang bersuara – pernah melontarkan pandangan politik dan sosialnya pada masa lalu. Baginda sering membincangkan isu-isu alam sekitar, terutamanya mengenai akses bekalan air bersih.
- Sebagai maharaja, Naruhito tidak akan mempunyai sebarang kuasa politik. Baginda sebaliknya akan bertanggungjawab untuk tugasan upacara rasmi.
BACA: Maharaja Jepun turun takhta: Ini cerita yang anda perlu tahu