Kereta api yang dalam perjalanan ke Akita dari Tokyo itu berhenti di antara stesen Kakunodate dan Omagari di wilayah Akita apabila bekalan elektrik terputus sekitar 10.35 malam waktu tempatan pada Ahad, lapor penyiar awam NHK.
Alat pemanas dan sumber kuasa dalam gerabak turut terjejas, menurut laporan itu.
Operator JR East telah memindahkan semua penumpang ke Stesen Omagari menggunakan bas dan teksi.
-- BERNAMA