Empat bekas anggota polis yang terlibat dalam insiden kematian George Floyd akan didakwa dengan tuduhan membunuh.

Bekas anggota polis yang menekan lutut pada leher Floyd, Derek Chauvin, akan didakwa dengan tuduhan bunuh tahap kedua.

Dia sebelum ini didakwa dengan tuduhan bunuh tahap ketiga

Sementara tiga lagi rakan setugasnya turut didakwa.

Tuduhan bunuh tahap kedua ke atas Chauvin memperuntukkan hukuman lebih berat ke atasnya.

"Saya memfailkan permohonan meminda pertuduhan ke atas bekas pegawai polis Minneapolis, Derrick Chauvin, kepada pembunuhan tahap kedua.

"Saya percaya bukti yang kami ada menyokong tuduhan ini.

"Kami sudah berbincang dan setuju dengan pindaan ini.

"Waran tangkap turut dikeluarkan ke atas tiga bekas anggota polis yang lain -- J.A Kueng, Thomas Lane, dan Tou Thao.

"Kami juga memfailkan tuduhan ke atas ketiga-tiga mereka dengan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan.

"Perkembangan ini adalah demi kepentingan dan keadilan untuk Floyd dan keluarganya, serta komuniti dan negeri ini."


Perkembangan ini dilaporkan ketika protes menuntut bela atas kematian Floyd masih berterusan di beberapa bandar.

Keluarga Floyd bagaimanapun mengemukakan rayuan supaya penunjuk perasaan elak keganasan ketika protes.