Seorang bekas anggota polis yang dibuang kerja antara empat yang ditahan kerana mengugut meminta wang perlindungan daripada seorang peniaga lori tanah dan pekerjanya.
Bekas anggota polis berkenaan merupakan ahli kumpulan kongsi gelap 77 dan 30, dikenali dengan nama 'Abang Long Balang' serta rakan subahatnya Lan Taro disertai dua lagi suspek yang berumur lingkungan 32 hingga 42 tahun.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat pihaknya menerima laporan pada Sabtu lepas oleh peniaga lori terbabit.
"Berdasarkan aduan mangsa (peniaga lori), pada 17 Mei lepas pukul 3 petang, dia mendapat maklumat pekerjanya telah ditahan sekumpulan lelaki di Banting.
"Mangsa telah pergi ke tempat kejadian dan berjumpa dengan ketua kumpulan tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Abang Long Balang dan mangsa telah diugut akan dicederakan sekiranya tidak membayar wang perlindungan setiap bulan.
"Mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dan diperkenalkan kepada seorang lagi suspek Lan Taro seterusnya dipaksa membayar RM18, 000. Sekiranya gagal kumpulan terbabit akan memecahkan semua lori mangsa dan rakan kongsi mangsa," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Fadzil berkata mangsa telah membuat laporan polis dan pihaknya telah berjaya menahan empat lelaki termasuk Abang Long Balang dan Lan Taro serta mengarahkan saki-baki ahli kumpulan terbabit yang telah dikenalpasti untuk tampil menyerah diri.
"Saya arahkan untuk kesemua suspek terlibat hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Langat untuk siasatan lanjut.
"Daripada siasatan awal, mereka mengaku merupakan ahli kumpulan Kongsi Gelap 77 dan 30," jelasnya.
Fadzil turut berharap orang awam yang menjadi mangsa ugutan kejadian seumpamanya dapat tampil menyalurkan maklumat kepada anggota polis.
Afiezy Azaman
Mon May 27 2019

Daripada siasatan awal, mereka mengaku merupakan ahli kumpulan Kongsi Gelap 77 dan 30. - Gambar hiasan

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Bekas anggota polis dibuang kerja, masuk kongsi gelap jadi 'Abang Long Balang'
Mangsa telah diugut oleh 'Abang Long Balang' dirinya akan dicederakan sekiranya tidak membayar wang perlindungan setiap bulan.