BUENOS AIRES: Kebakaran hutan melanda tujuh wilayah di Argentina iaitu Salta, Entre Rios, Corrientes, Cordoba, San Luis, Rio Negro dan Tierra del Fuego, menurut Kementerian Alam Sekitar dan Pembangunan Mampan negara itu.

Pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi mengawal kebakaran termasuk menggunakan dua helikopter dan dua pesawat pili bomba milik Tierra del Fuego.

Seramai 85 anggota bomba termasuk kakitangan teknikal dan logistik dikerah ke lokasi kejadian, lapor Agensi Anadolu.

Pihak berkuasa di Tierra del Fuego mengisytiharkan darurat alam sekitar awal bulan ini, termasuk menguatkuasa larangan memulakan kebakaran sehingga 2024.

Kejadian kebakaran baru-baru ini telah memusnahkan kira-kira 10,000 hektar.

-- BERNAMA