Pertemuan bersejarah antara pemimpin Vatican Pope Francis dengan Imam Besar Masjid Al-Azhar Sheikh Ahmed Al-Tayeb pada Isnin mempunyai erti yang jauh lebih besar daripada aksi mereka yang saling menyapa mesra dan berpelukan.
Pertemuan pertama antara Vatican dengan pemimpin tertinggi Islam Sunni itu menunjukkan perkembangan positif dalam perhubungan antara kedua-dua kepercayaan agama berkenaan, sejak Francis dilantik pada 2013.
“Pertemuan kami ini sudah menjadi mesej yang jelas,” ujar Francis ringkas pada awal pertemuan dengan Ahmed.
Dalam satu kenyataan mengenai kunjungan Sheikh Ahmed, Al-Azhar yang mewakili institusi pengajian berprestij, berkata Imam Besar itu menerima pelawaan Francis kerana mahu ‘meneroka usaha menyebarkan keamanan dan kewujudan bersama’.
Pertemuan santai itu hanya berlangsung selama 30 minit, namun Sheikh Ahmed menghabiskan masa lebih dari sejam di St Peter.
Jurucakap Vatican, Federico Lombardi dalam satu kenyataan berkata Francis dan Sheikh Ahmed telah berbincang tentang ‘cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa dan penganut agama utama dunia’.
Mereka juga membincangkan tentang kerjasama demi keamanan dunia, menolak keganasan, dan situasi serta perlindungan terhadap Kristian di rantau konflik di Asia Barat.
Francis juga telah memberikan Ahmed salinan risalah Laudato Si', yang antara lain mengajak warga sedunia menyedari ancaman perubahan iklim dan seruan menyeimbangkan hubungan ekonomi antara negara industri dan negara membangun.
Ahmed bersetuju bertemu pemimpin Vatican itu setelah menilai beberapa pandangan yang dizahirkan Francis terhadap umat dan dunia Islam sejak mula dilantik sebagai pope.
Francis pernah menyatakan mahu menambah baik hubungan dengan dunia Islam sewaktu Ramadan pertama selepas pelantikannya.
Kunjungan Ahmed itu secara tidak langsung membawa ‘gambaran sebenar imej Islam dan untuk memperbetulkan salah faham yang dicetuskan kumpulan-kumpulan pengganas ekstremis’ di negara-negara Barat.
Ahmed menggalakkan negara-negara berkenaan agar tidak menganggap orang Islam sebagai kumpulan yang membawa ancaman. Selain itu, beliau menggalakkan umat Islam di negara Barat agar bergaul dengan baik dalam masyarakat setempat.
Perhubungan antara Vatican dan Al-Azhar sedikit tercalar pada tahun 2006 apabila pemimpin Vatican yang sebelumnya, Pope Benedict XVI menyampaikan ucapan yang mengaitkan Nabi Muhammad dengan keganasan.
Sebelum itu, pada tahun 200, Pope John-Paul II menemui Imam Besar Al-Azhar di Kaherah. Pertemuan itu berlaku setahun sebelum serangan 11 September di New York yang sekali gus mencelarukan persepsi dunia tentang dunia Islam.
Agensi
Mon May 23 2016
Ahmed (kanan) membawa mesej tentang imej Islam sebenar, bukan sahaja kepada Pope malah kepada dunia. - Foto AFP
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Malaysia rujuk ulama dunia tentang fatwa ambil vaksin, kata menteri
Zulkifli berkata, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin.
Dr Zulkifli dilantik anggota Majlis Hukama' al-Muslimin
Pelantikan Zulkifli dibuat dengan harapan kerjasama berterusan dengan ahli Majlis Hukama' Al-Muslimin lain dapat memperkukuh keamanan sejagat masyarakat antarabangsa.
Vatican, Al-Azhar tandatangan dokumen banteras ekstremisme
Vatican dan Masjid Al-Azhar pada Isnin menandatangani sebuah dokumen bagi membanteras kegiatan militan dan ekstremisme.
Keamanan dunia jadi inti pertemuan bersejarah Imam Besar Al-Azhar, Pope Francis
Pertemuan pertama antara Vatican dengan pemimpin tertinggi Islam Sunni itu menunjukkan perkembangan positif dalam perhubungan antara kedua-dua kepercayaan agama berkenaan.
Imam Besar Al-Azhar bawa mesej toleransi dalam pertemuan dengan Pope Francis
Pandangan dan layanan yang dizahirkan Pope Francis terhadap umat Islam membuatkan Imam Besar Sheikh Ahmed al-Tayeb sudi bertemu pemimpin Vatican itu.