Polis Afrika Selatan telah menjumpai sebatang kayu pemukul kriket yang diselaputi darah di rumah Oscar Pistorius, berikutan kejadian pembunuhan kekasihnya pada hari kekasih yang lepas.

Atlit paralimpik itu dituduh di mahkamah pada Jumaat atas pertuduhan membunuh Reeva Steenkamp, 29, yang ditembak mati di rumah mewah Pistorius.

Bapa Pistorius, di dalam sebuah wawancara telah berkata anaknya telah membunuh kekasihnya sebab menyangka gadis berambut perang itu adalah seorang penceroboh.

Kenyataan itu disangkal oleh polis.

Manakala keluarga Pistorius telah berkata beliau kaku, terkejut dan diselubungi kesedihan selepas kematian Steenkamp, dan enggan menerima kejadian tersebut sebagai suatu kes pembunuhan.

Sumber polis yang rapat dengan penyiasatan kematian itu, mencadangkan bahawa tengkorak Steenkamp telah dihancurkan.

Polise masih dalam proses menyiasat sekiranya bat itu digunakan untuk meyerang Steenkamp, yang ditembak sebanyak empat kali, atau jika beliau menggunakan kayu itu untuk mempertahankan dirinya dari teman lelakinya.

“Kami rasa tembakan pertama, yang dilepaskan di bilik tidur, terkena pinggulnya. Dia kemudian lari dan menyembunyikan dirinya di dalam tandad, dimana Pistorius melepaskan tiga lagi tembakan,” kata seorang sumber polis.

Terdapat laporan yang mengatakan kedua kekasih itu telah bergaduh dan jiran-jiran mereka telah memangil pengawal keselamatan.

Pistorius yang akan menghabiskan hujung minggunya di dalam penjara, akan memohon bagi ikat jamin dalam pendengaran mahkamah yang baru pada Selasa.