BEKAS bintang paralimpik Afrika Selatan Oscar Pistorius dibebaskan dengan parol pada Jumaat, hampir 11 tahun selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya dalam kejadian yang menggemparkan negara itu.
Pistorius yang digelar 'Blade Runner' kerana menggunakan kaki palsu gentian karbon - menembak mati model Reeva Steenkamp, 29, melalui pintu bilik air yang terkunci pada Hari Valentine pada 2013, lapor Reuters.
Dia telah berulang kali membuat rayuan di mahkamah dengan mendakwa menyangka Steenkamp sebagai penceroboh apabila melepaskan empat das tembakan ke dalam bilik mandi di rumahnya di Pretoria.
"Jabatan Perkhidmatan Koreksional mengesahkan bahawa Oscar Pistorius diberi paroberkuat kuasa mulai 5 Jan 2024. Dia telah dimasukkan ke dalam sistem Pembetulan Komuniti dan kini berada di rumah," kata jabatan penjara negara itu dalam satu kenyataan.
Pistorius yang kini berusia 37 tahun, telah menghabiskan kira-kira lapan setengah tahun penjara serta tujuh bulan tempoh tahanan rumah selepas dijatuhkan hukuman kerana membunuh. Lembaga parol pada November memutuskan dia boleh dibebaskan selepas menyelesaikan lebih separuh daripada tempoh hukumannya.
Dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh peguam keluarga Steenkamp pada Jumaat, ibu Reeva, June berkata: "Tidak akan ada keadilan jika orang yang anda sayangi tidak akan kembali, dan tiada masa yang diberikan akan membawa Reeva kembali.
"Kami (yang masih hidup) adalah orang yang menjalani hukuman penjara seumur hidup," kata June Steenkamp, sambil menambah satu-satunya keinginannya adalah untuk dibenarkan hidup dengan aman selepas Pistorius dibebaskan secara parol.
Seorang pegawai pemantau akan mengawasinya sehingga hukumannya tamat pada Disember 2029, yang Pistorius perlu memaklumkan jika dia mencari peluang pekerjaan atau berpindah ke alamat baharu.
Dia juga dikehendaki meneruskan terapi pengurusan amarah dan menghadiri sesi mengenai keganasan berasaskan jantina sebagai sebahagian daripada syarat parolnya, kata keluarga Steenkamp.
June Steenkamp berkata syarat yang dikenakan oleh lembaga parol telah mengesahkan kepercayaannya terhadap sistem keadilan Afrika Selatan kerana mereka menghantar mesej yang jelas bahawa keganasan berasaskan jantina dipandang serius.
Pada Ogos 2012, hanya beberapa bulan sebelum menembak teman wanitanya, Pistorius menjadi orang pertama yang diamputasi berganda, bertanding di Sukan Olimpik London, di mana dia berjaya mara ke separuh akhir 400m.
Dia memenangi dua pingat emas di Paralimpik.
Dia pertama kali dipenjarakan selama lima tahun pada Oktober 2014 kerana kesalahan membunuh oleh Mahkamah Tinggi.
Selepas pendakwa raya merayu keputusan itu, Mahkamah Rayuan Agung yang sekali lagi mendapati dia bersalah pada 2016 menjatuhkan hukuman penjara enam tahun walaupun pendakwaan memohon hukuman minimum 15 tahun.
Kemudian pada November 2017 Mahkamah Rayuan Agung menggandakan hukumannya kepada 13 tahun dan lima bulan.
Pistorius bertemu bapa Reeva, Barry Steenkamp pada 2022 dalam "dialog mangsa-pesalah", bahagian penting dalam sistem 'keadilan pemulihan' Afrika Selatan.Ia berdasarkan budaya orang asli mengendalikan jenayah sebelum orang Eropah menjajah Afrika Selatan.
'Keadilan pemulihan' bertujuan untuk mencari penutupan bagi pihak yang terjejas dalam jenayah, bukannya hanya menghukum pelaku.
Dia pada mulanya dinafikan parol pada Mac. Bagaimanapun, Mahkamah Perlembagaan kemudiannya memutuskan dia telah menyelesaikan separuh daripada hukumannya pada 21 Mac dan layak mendapat parol.
Agensi
Fri Jan 05 2024

Pistorius yang digelar 'Blade Runner' kerana menggunakan kaki palsu gentian karbon - menembak mati model Reeva Steenkamp, 29, melalui pintu bilik air yang terkunci pada Hari Valentine pada 2013. - Reuters
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

'Blade Runner' Pistorius dibebas dengan parol 11 tahun selepas bunuh teman wanita
Oscar Pistorius dibebaskan dengan parol pada Jumaat, hampir 11 tahun selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya dalam kejadian yang menggemparkan negara itu.

Pendakwa Raya rayu hukuman lebih berat ke atas Pistorius
Barisan Pendakwa Raya berkata hukuman yang kini dijalani Pistorius tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.