Seorang majikan wanita dibunuh bekas pembantu rumahnya sendiri dipercayai akibat dendam kerana dipecat.

Dalam kejadian pada Sabtu, Metha Novita Handayani, 38 tahun, dilapor ditikam bekas pembantu rumah tangganya sendiri, Lina, 16 tahun, setelah berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Metha dipercayai telah memecat Lina ekoran tindakannya yang sering membawa masuk kekasihnya Sarkoni Rifai, 23 tahun, untuk berasmara di dalam rumah.

Oleh kerana malu dengan jiran tetangga, Metha memberi kata dua kepada Lina sebelum memecatnya kira-kira empat bulan lalu.

Tindakan itu menimbulkan rasa marah pada Lina dan Sarkoni yang kemudian merancang untuk membunuhnya.


YouTube TribunWow Official

Mayat Metha ditemukan pada Khamis dengan luka tusukan pada perut.

Menurut polis, kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah di daerah Temu Giring, Banyumanik, Semarang pada Sabtu sekitar pukul 9.30 pagi waktu tempatan.