NEW DELHI: Kanak-kanak terpaksa berkurung di rumah kerana sekolah ditutup selama seminggu selepas kualiti udara merosot di ibu negara Delhi dan kawasan sekitarnya.
Pencemaran udara di ibu negara India itu menjadi lebih bertoksik semasa musim sejuk, membawa kepada peningkatan masalah pernafasan dan kesihatan bagi penduduknya.
Pada Ahad, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan penutupan sekolah rendah.
"Memandangkan tahap pencemaran kekal tinggi, sekolah rendah di Delhi akan ditutup sehingga 10 Nov. Untuk gred 6-12, sekolah diberi pilihan untuk beralih kepada kelas dalam talian," kata Menteri Pendidikan Delhi, Atishi Marlena.
Kanak-kanak, wanita dan warga emas dilihat lebih berisiko terjejas akibat pencemaran udara itu, namun atlet juga tidak terkecuali.
Pasukan kriket Sri Lanka membatalkan sesi latihan di stadium Delhi pada Sabtu atas nasihat doktor, manakala pemain-pemain Bangladesh melakukan perkara yang sama pada Jumaat.
Pasukan kriket berkenaan berada di India untuk menyertai Piala Dunia 2023.
The environmental crisis affects Delhi as well as its satellite cities Faridabad, Gurugram, Ghaziabad and Noida, which have a combined population of more than 33 million.
Krisis alam sekitar memberi kesan kepada Delhi serta bandar-bandar satelitnya seperti Faridabad, Gurugram, Ghaziabad, dan Noida, yang jumlah populasi penduduknya lebih 33 juta.
Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada keadaan ini termasuk sektor industri, asap daripada berjuta-juta kenderaan, debu dari aktiviti pembinaan, dan pengurusan sisa yang lemah.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila 30 juta tan jerami padi dibakar oleh petani di negeri-negeri berhampiran termasuk Haryana, Punjab, dan Uttar Pradesh pada September dan Oktober.
Lebih banyak bahan bertoksik dilepaskan ke atmosfera apabila beribu-ribu tan mercun dibakar sempena sambutan Deepavali.
Agensi kawalan pencemaran di Delhi bulan lalu mengumumkan larangan sepenuhnya ke atas pembuatan, penyimpanan, atau penjualan mercun di seluruh bandar hingga 1 Jan.
Indeks kualiti udara (AQI) merosot kepada kira-kira 450 pada pagi Ahad manakala tahap selamat adalah di bawah bacaan 50.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023

Pencemaran udara di New Delhi menjadi lebih bertoksik semasa musim sejuk, membawa kepada peningkatan masalah pernafasan dan kesihatan. - Reuters

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.

Kabinet Thailand akan bincang langkah hadapi pencemaran udara
Orang ramai digesa memakai pelitup muka N95 untuk melindungi diri daripada zarah halus yang berbahaya.

Penduduk Bangkok diminta berada di rumah ekoran kualiti udara yang buruk
Tahap pencemaran PM2.5 dijangka mencapai tahap jingga yang dianggap berbahaya kepada kesihatan, di kebanyakan kawasan bandar raya itu.

Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.

Kualiti udara India memburuk akibat asap bunga api
Kualiti udara bertambah buruk di beberapa Kawasan di India termasuk ibu negara, New Delhi pada Sabtu berikutan penggunaan bunga api semasa perayaan Diwali di negara itu.

EU tetapkan had pencemaran udara yang lebih ketat mulai 2030
Kira-kira 300,000 kematian setiap tahun di EU boleh dikaitkan akibat kesihatan pencemaran udara.

Pihak berkuasa dikerah, bendung kebakaran hutan Bolivia
Kebakaran tersebut turut memaksa penutupan sekolah dan mengganggu penerbangan komersial.

Pencemaran udara singkatkan jangka hayat di Bangladesh purata sebanyak 4.8 tahun - WHO
Kesemua 166.4 juta penduduk Bangladesh tinggal di kawasan yang mana paras purata tahunan pencemaran zarah halus melebihi garis panduan WHO.

Penduduk Perai bimbang pencemaran udara mengandungi serbuk besi
Sundarajoo dan JAS Pulau Pinang mengadakan pemeriksaan mengejut di sebuah kilang pembuatan besi di Zon Perindustrian Bebas 1 Perai pada Selasa.

JAS Kedah tahan operasi kilang arang briket
Sharifah Zakiah berkata, JAS Kedah menerima aduan orang awam berhubung masalah bau dan asap di beberapa kawasan di Sungai Petani.