TRENTON : Rakyat Kanada yang dalam perjalanan ke United Kingdom (UK) untuk pertabalan Raja Charles III dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap ancaman serangan pengganas.
"Orang ramai dijangka bertumpu di London pada sebelum dan selepas upacara itu, termasuk di kawasan Suruhanjaya Tinggi Kanada.
"Insiden serangan di UK sebelum ini mengakibatkan korban jiwa. Berkemungkinan ada serangan lanjut di UK, termasuk insiden ganas secara rawak di kawasan awam, seperti serangan pisau dan kenderaan serta letupan. Diharap lebih berhati-hati," lapor Agensi Anadolu memetik nasihat perjalanan kerajaan Kanada di laman sesawangnya pada Selasa.
Laman sesawang itu turut memuat naik insiden keganasan sebelum ini, termasuk serangan di London Bridge pada 2019.
Pada 2017, seorang lelaki yang memandu sebuah van merempuh pejalan kaki di Westminster Bridge, menyebabkan lima maut dan sekurang-kurangnya 40 cedera.
Laman sesawang itu memberi amaran bahawa sasaran kegemaran pengganas adalah bangunan kerajaan, termasuk sekolah, tempat ibadat, lapangan terbang dan tempat awam seperti kawasan tarikan pelancong, restoran, bar dan pasar.
Perkhidmatan keselamatan UK, MI5, menjangkakan ancaman keganasan di England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Rakyat Kanada yang dalam perjalanan ke United Kingdom (UK) untuk pertabalan Raja Charles III dinasihatkan supaya lebih berwaspada. - Fail/REUTERS

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Anak tiri pengasuh kerabat diraja Britain maut dalam serangan di New Orleans
Raja Charles III dilaporkan amat berdukacita atas kematian anak tiri bekas pengasuh kepada Putera William dan Putera Harry.

Cadbury hilang status pembekal diraja selepas 170 tahun - Laporan
Cadbury antara 100 syarikat yang tidak lagi mendapat sokongan rasmi selepas 'Royal Warrant' mereka tidak diperbaharui oleh Raja Charles III.

Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak GBP72 juta (hampir RM400 juta), lapor agensi berita PA Media.

Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Khamis menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara.

Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.

Raja Charles, Permaisuri Camilla akan lawat Australia - PM
Raja Britain Charles III dan Permaisuri Ratu Camilla akan melawat Australia pada Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, lapor Xinhua.

Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.

Australia lantik Gabenor Jeneral wanita kedua sebagai wakil Raja British
Sam Mostyn merupakan wanita kedua dilantik sebagai wakil monarki Britain dalam tempoh 123 tahun.

Pilihan Raya Umum UK: Malaysia kekal rakan kongsi penting walau apa pun keputusan
Jelas Terry, hubungan kukuh yang mengikat antara kedua-dua negara telah bertahan melangkaui masa dan politik.

Puteri Wales Kate Middleton akan buat penampilan umum pertama tahun ini
Puteri Wales, akan membuat penampilan umum pertamanya tahun ini dengan menyertai keluarganya di Trooping the Colour di London.