TRENTON (Kanada): Gereja Katolik diperintah membayar CAN$104 juta (AS$76.1 juta) kepada mangsa penderaan seksual dan fizikal di wilayah Newfoundland, Kanada termasuk 292 mangsa di sebuah rumah anak yatim yang dikendalikan pihak gereja.
Peguam Geoff Budden mewakili lebih 200 mangsa rumah anak yatim Mount Cashel dan beberapa sekolah yang dikendalikan oleh Christian Brothers of the Catholic Church.
Budden berkata mangsa-mangsa dan wakil mereka berasa lega dengan perjuangan yang berlangsung selama beberapa dekad, lapor Agensi Anadolu.
"Mereka gembira kerana kata-kata mereka dipercayai, tuntutan mereka diterima dan mereka akan menerima pampasan ... tetapi ia juga menyingkap kembali memori lama," katanya kepada CTV News.
Wang pampasan akan diperoleh dari Gereja Katolik di wilayah itu, yang telah mula menjual harta benda.
CTV News melaporkan bahawa setakat ini kira-kira CAN$45 juta telah dikumpulkan.
Kes penderaan rumah anak yatim Mount Cashel menjadi tajuk utama di dada akhbar pada 1989 dan terdapat dakwaan bahawa Jabatan Kehakiman Newfoundland menghentikan siasatan polis.
Ia juga didapati pihak gereja sering memindahkan paderi yang dituduh melakukan penderaan seksual dan fizikal ke tempat lain.
Rumah anak yatim itu ditutup pada 1990 dan dirobohkan pada 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Gereja Katolik diperintah membayar AS$76.1 juta kepada mangsa penderaan seksual dan fizikal di wilayah Newfoundland, Kanada. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pope Francis tolak guna kereta mewah ketika disambut Presiden Jokowi
Pope Francis rendah diri tolak tinggal di hotel lima bintang dan tidak mahu kawalan keselamatan terlalu ketat untuk menyantuni semua agama.

Biarawati disimpan sebagai hamba seks oleh paderi
Pope Francis mengaku buat pertama kali bahawa wujudnya skandal biarawati didera secara seksual oleh para pendeta di Gereja Katolik.

Pengarang 'The Herald' kecewa dengan keputusan mahkamah tolak rayuan
Paderi Lawrence Andrew melahirkan rasa kecewanya dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang pada Isnin menolak rayuan Gereja Katolik untuk merayu larangan penggunaan kalimah Allah.

Mahkamah tidak benarkan Gereja Katolik rayu keputusan larang guna kalimah Allah
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah'.

Keputusan penggunaan kalimah 'Allah' dan kes pembunuhan Altantuya Isnin ini
Mahkamah Persekutuan akan menjadi perhatian ramai Isnin ini apabila ia memutuskan dan mendengar dua kes berprofil tinggi.

Pope Benedict XVI akan letak jawatan 28 Februari
Pope Benedict XVI mengumumkan yang beliau akan meletakkan jawatan dari memegang tugasnya pada 28 Februari atas faktor usia.