Beliau memaklumkan, pihaknya tidak akan menyerah daripada melaksanakan genjatan senjata di Gaza dan akan terus bekerja keras melaksanakannya.
"Saya tidak akan bercakap mewakilinya, tetapi saya akan memberitahu anda bahawa perbualan ini (usaha gencatan senjata) sedang berlangsung dan kami tidak menyerah. Dan kami akan terus bekerja keras dalam hal ini.
"Kita perlu mencapai gencatan senjata dan kita perlu membawa keluar tahanan itu," katanya.
Usaha diplomatik untuk menghentikan konflik Israel-Hamas dan mendapatkan perjanjian untuk melepaskan tebusan yang ditahan di Gaza semakin dipergiat sejak kebelakangan ini.
Rundingan yang diketuai oleh AS, Mesir dan Qatar dijangka diteruskan minggu ini di Kaherah, berikutan pertemuan dua hari di Doha minggu lepas.
Harris dan Gabenor Minnesota, Tim Walz melawat penduduk tempatan di Moon Township, Aliquippa dan Coraopolis selepas mengadakan perhimpunan di Pittsburgh.
Lawatan kempen Pennsylvania berbaki hanya 79 hari sahaja lagi menjelang pilihan raya Presiden AS.
Calon Republikan, Donald Trump berkata, pemilihan Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Parti Demokrat oleh Biden juga akan lebih mudah untuk dikalahkan pada pilihan raya yang akan berlangsung November ini. - Agensi