ISTANBUL: Junta tentera di Myanmar pada Isnin melanjutkan tempoh darurat buat kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021.
Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar mengumumkan bahawa darurat yang sepatutnya berakhir pada 31 Julai, dilanjutkan selama enam bulan lagi, lapor Agensi Anadolu memetik laman sesawang Myanmar Now.
Kali terakhir junta melanjutkan darurat adalah pada Februari tahun ini.
Majlis itu juga membincangkan pilihan raya yang tertangguh di negara Asia Tenggara itu.
Pasukan tentera yang dikenali sebagai Tatmadaw, melancarkan rampasan kuasa tentera pada 1 Feb 2021, menggulingkan kerajaan Liga Kebangsaan untuk Demokrasi dan memenjarakan barisan kepimpinannya, termasuk Aung San Suu Kyi.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 1.5 juta orang hilang tempat tinggal dalam tempoh dua tahun lalu, manakala lebih lima juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan di Myanmar.
Sekurang-kurangnya 2,890 orang maut di tangan tentera, manakala 767 individu ditahan sejak tentera mengambil alih kuasa, menurut data PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Junta tentera di Myanmar pada Isnin melanjutkan tempoh darurat buat kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021. - Foto AP
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
60 maut dalam serangan pengganas - Junta Mali
Lebih 60 orang terbunuh dalam serangan pengganas di Mali termasuk sekurang-kurangnya 49 orang awam dan 15 anggota tentera, menurut junta Mali pada Khamis, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Junta Myanmar lanjutkan darurat, kali keempat sejak rampasan kuasa
Junta tentera di Myanmar pada Isnin melanjutkan tempoh darurat buat kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021.
Pelan damai Myanmar kekal keutamaan ASEAN
Menteri Luar Indonesia menyatakan bahawa walaupun isu Myanmar kompleks, ASEAN perlu bertindak tepat seiring dengan Pelan Damai Lima Perkara.
Lebih 2,000 tahanan politik dibebas junta Myanmar sempena Hari Wesak
Myanmar lazimnya memberikan pengampunan kepada ribuan banduan setiap kali ketibaan hari cuti umum atau perayaan keagamaan.
Penyelesaian krisis Myanmar mesti bermula dari Myanmar sendiri - Penganalisis
Penyelesaian kepada krisis itu mesti bermula dari Myanmar sendiri iaitu melalui gerakan kerajaan bayangan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).
Sekurang-kurangnya 100 terbunuh dalam serangan udara di Myanmar
Tentera melancarkan roket ketika upacara pembukaan pejabat baharu Angkatan Pertahanan Rakyat antijunta.
Puluhan maut dalam serangan udara tentera Myanmar
Sekurang-kurangnya 50 maut dalam serangan udara tentera Myanmar di bandar Pazigyi di Sagaing pada pagi Selasa.
Konflik Myanmar: Junta umum pengampunan buat ratusan banduan
Pengampunan itu diumumkan pemimpin junta Jeneral Min Aung Hlaing pada ulang tahun ke-75 Hari Kesatuan.
Sidang kemuncak ASEAN: Tidak timbul isu tamatkan keahlian Myanmar
Sultan Hassanal mengulangi gesaan supaya junta tentera Myanmar bekerjasama dengan utusan daripada ASEAN untuk meredakan krisis.
Hak Asasi PBB desak masyarakat dunia tekan Myanmar
Michelle Bachelet berkata, situasi di Myanmar telah berubah daripada krisis politik kepada malapetaka hak asasi manusia pelbagai dimensi.