SEKURANG-KURANGNYA 50 maut dalam serangan udara tentera Myanmar di bandar Pazigyi di Sagaing pada pagi Selasa.

Memetik penduduk, media tempatan melaporkan pesawat tentera melepaskan dua bom ketika penduduk berhimpun untuk majlis pelancaran pejabat pentadbiran parti pembangkang di Sagaing, yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Mandalay.

Saksi kejadian itu turut mendakwa kanak-kanak dan wanita antara mangsa yang terkorban.

Susulan serangan itu, tular di media sosial video dan gambar menunjukkan mayat rentung bertaburan, dikelilingi kenderaan hangus dan serpihan bangunan akibat letupan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pemimpin junta Myanmar, Min Aung Hlaing berhubung serangan itu.

Myanmar masih di bawah pemerintahan tentera pimpinan Aung Hlaing yang merampas kuasa daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) diketuai Aung San Suu Kyi pada 1 Februari 2021. -- Agensi