SINGAPURA: Jumlah perdagangan Singapura menguncup 8.6 peratus pada asas tahun ke tahun pada Mac dengan jumlah eksport dan import masing-masing turun sebanyak 6.5 peratus dan 10.9 peratus.
Menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG), jumlah perdagangan berkurangan pada Mac 2023 disebabkan penurunan dalam perdagangan minyak (16.1 peratus) dan perdagangan bukan minyak (6.7 peratus).
"Perdagangan minyak merosot dalam persekitaran harga minyak yang lebih rendah berbanding setahun lalu manakala perdagangan bukan minyak menurun disebabkan penurunan dalam perdagangan elektronik (21.6 peratus)," kata EnterpriseSG (EnterpriseSG) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
EnterpriseSG adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri republik itu.
Pada asas pelarasan musim bulan ke bulan, EnterpriseSG berkata jumlah dagangan meningkat sebanyak 8.0 peratus pada Mac 2023, selepas penurunan 6.5 peratus pada Februari 2023.
"Jumlah perdagangan mencecah S$104.0 bilion pada Mac 2023, lebih tinggi daripada S$96.4 bilion bulan sebelumnya," katanya.
Pada Mac 2023, jumlah eksport meningkat 6.9 peratus, selepas penurunan 5.8 peratus pada bulan sebelumnya manakala jumlah import meningkat 9.1 peratus, selepas penurunan 7.3 peratus pada Februari 2023, katanya.
Pada asas tahunan, Eksport Dalam Negeri Bukan Minyak (NODX) Singapura menurun sebanyak 8.3 peratus pada Mac 2023, berikutan penguncupan 15.8 peratus pada bulan sebelumnya dengan kedua-dua elektronik dan bukan elektronik merosot.
Barangan elektronik merosot sebanyak 22.3 peratus pada Mac, berikutan penguncupan 26.5 peratus pada bulan sebelumnya manakala produk bukan elektronik menurun sebanyak 4.7 peratus berikutan penguncupan 12.4 peratus pada bulan sebelumnya.
EnterpriseSG berkata NODX ke pasaran teratas secara keseluruhan merosot pada Mac 2023 kecuali Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Penyumbang terbesar kepada penurunan itu ialah China (14.1 peratus), Taiwan (30.4 peratus) dan Malaysia (23.1 peratus), katanya.
Eksport minyak domestik Singapura merosot sebanyak 3.5 peratus pada Mac 2023 tahun ke tahun selepas mencatatkan kenaikan 5.8 peratus pada Februari 2023.
"Eksport lebih rendah ke Indonesia (-15.8 peratus) dan Australia (-16.3 peratus) menyumbang paling banyak kepada penurunan eksport minyak domestik," kata EnterpriseSG.
Daripada segi volum, eksport minyak domestik berkembang sebanyak 24.7 peratus pada Mac 2023, berikutan pertumbuhan 13.5 peratus pada bulan sebelumnya, katanya.
Pada asas bulanan, eksport minyak domestik meningkat sebanyak 8.4 peratus pada Mac 2023, selepas penurunan 4.8 peratus pada Februari 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
EnterpriseSG berkata NODX ke pasaran teratas secara keseluruhan merosot pada Mac 2023 kecuali Amerika Syarikat dan Korea Selatan. - Gambar Reuters/ Tim Chong
Program Madani Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 Sept ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.
Nuansa Seni edisi ke-5 tingkat martabat busana Melayu tradisional
Penganjur nuansa seni volume 5 Festival Gemilang Seni dan Budaya Sarawak, Dr Sharifah Suzana Wan Shukran berkata keistimewaan konsep pakaian cara melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.
Penduduk Kampung Sim-Sim perkukuh perpaduan menerusi Karnival Hari Malaysia
Karnival Kampung Sim-Sim diadakan sempena Hari Malaysia bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara penduduk.
Kerajan alu-alukan inisiatif baharu stabilkan harga barang
Usaha untuk menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan serta bersifat mampu milik akan sentiasa menjadi usaha berterusan Kerajaan, selaras dengan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Polis tidak cadang haram perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT
Polis tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa.
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Gundam daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan di semua pusat pemeriksaan
ICA akan meningkatkan pemeriksaan darat, udara dan laut berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
New Zealand, Malaysia dan Singapura meterai MoU untuk tingkatkan kerjasama ekonomi
Ia adalah kerjasama ekonomi antara tiga negara, memfokuskan kepada perdagangan, pelaburan dan rangkaian perniagaan.
Pelbagai kereta hangus dalam kebakaran di tempat letak kereta di Singapura
SCDF berkata hasil siasatan awal menunjukkan bahawa kereta terlibat bukanlah kenderaan elektrik. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Wabak mpox: Saringan suhu, visual di pusat pemeriksaan udara, laut Singapura bermula
Saringan serupa akan dilaksanakan di pusat pemeriksaan laut untuk anak kapal dan penumpang yang tiba dengan kapal dari kawasan terjejas.
Raja Gula, Robert Kuok menerusi firma Singapura berminat beli kilang penapisan MSM Malaysia di Johor
Wilmar International Ltd dikatakan sedang bersaing dengan Threadstone Capital Sdn Bhd untuk memperoleh pegangan dalam MSM.
Singapura akan bina Kolej Pengajian Islam lahirkan pemimpin Islam masa depan - PM Wong
Singapura akan membina Kolej Pengajian Islam Singapura untuk melahirkan pemimpin Islam di negara itu pada masa depan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.