Parti pembangkang utama Indonesia, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) hari ini menamatkan teka-teki sejak beberapa bulan lalu apabila akhirnya menamakan Gabenor Jakarta, Joko
'Jokowi' Widodo sebagai calon parti itu untuk pemilihan presiden 9 Julai.
Keputusan menamakan Jokowi itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Pimpinan Pusat parti itu hari ini dan selepas itu mengeluarkan surat perintah daripada Ketua Umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri.
Jokowi mendapat maklumat mengenai perkara itu semasa membuat lawatan ke sebuah kampung di wilayah Jakarta Utara.
"Saya telah mendapatkan mandat dari Ketua Umum PDIP Ibu Megawati Soekarnoputri untuk jadi calon presiden Republik Indonesia. Dengan mengucap bismillahirrahmanirrahim saya siap melaksanakan," katanya seperti dipetik oleh media di Indonesia.
Jokowi selepas itu dilaporkan mengucup bendera Indonesia, Sang Saka Merah Putih yang ada di belakangnya dan disambut sorak-sorai orang ramai yang kemudian berteriak "alhamdulillah".
Sementara itu, Setiausaha Agung PDI-P Tjahjo Kumolo berkata Megawati telah mengadakan pertemuan dengan Jokowi dan menyampaikan beberapa pesanan termasuk untuk menjaga kedaulatan serta asas kenegaraan Indonesia.
Beliau menambah Megawati juga meminta Jokowi mempertimbangkan kesejahteraan rakyat dalam setiap keputusan politiknya.
Dalam pada itu, peserta Konvensyen pemilihan calon bagi Parti Demokrat, Dino Patti Djalal menyambut baik pencalonan Jokowi dan meramalkan persaingan pada pemilihan Julai nanti akan jadi semakin sengit.
"Saya yakin dengan rasminya pencalonan Jokowi ini, persaingan akan semakin berbobot. Kalau persaingan berbobot, yang akan untung rakyat Indonesia," kata Dino.
Sementara itu, Golkar yang memajukan Aburizal Bakrie siap sedia berdepan siapa pun yang bertanding dalam pemilihan itu dan tidak menganggap Jokowi masalah besar.
"Siapa pun yang kami hadapi, semakin berkualiti calon itu semakin menarik," kata Setiausaha Agung DPP Golkar, Idrus Marham.
"Masa depan Indonesia profesional dan populis, Golkar ingin masuk pada profesional karena Golkar boleh produktif. Populis tidak menjamin adanya produktiviti. Jadi silakan masyarakat menilai," sambungnya.
Beliau juga menegaskan Golkar tidak akan berkerjasama dengan PDI-P.
Jokowi setakat ini dilihat sebagai calon popular untuk menang pemilihan presiden Indonesia selepas mendahului kebanyakan tinjauan pendapat yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu.
Astro Awani
Fri Mar 14 2014

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Bernie Sanders sampaikan kemarahan kelas pekerja selepas kekalahan Demokrat dalam pilihan raya AS
"Ini adalah realitinya, kelas pekerja negara ini marah, dan mereka berhak untuk marah," katanya kepada CNN.

Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden
Schwarzenegger menegaskan bahawa beliau -sentiasa akan menjadi rakyat AS sebelum menjadi Republikan".

Pilihan raya Presiden AS: RFK Jr Kennedy ‘gantung’ kempen, umum sokongan kepada Trump
Dari penyokong setia Demokrat, Robert F Kennedy Jr memilih menyokong calon Republikan, Donald Trump.

Kamala Harris terima pencalonan Presiden AS dari Demokrat secara rasmi
Amaran sudah diberi Kamala Harris akan menghadapi perjuangan yang sengit untuk menewaskan Donald Trump yang berusia 78 tahun.

Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS
Jaime Harrison mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan.

Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.

Anggota Demokrat kecam keputusan Biden bekal bom berangkai ke Ukraine
Sekumpulan anggota Demokrat mengecam keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat untuk membekalkan bom berangkai kepada Ukraine kerana ia "melemahkan" kuasa moral Washington, lapor

Nancy Pelosi bakal lepaskan jawatan pemimpin tertinggi Demokrat
Pada usia 82 tahun, Pelosi telah dipilih semula tahun ini untuk mewakili Kongres ke-12 California di Dewan di Capitol Hill.

Biden dedah rangka kerja dasar 'bersejarah' AS$ 1.75 trilion
Kata Biden, pelan itu mendapat sokongan daripada Demokrat dan ia merupakan rangka kerja ekonomi bersejarah.

COVID-19: Dewan Perwakilan AS lulus pelan rangsangan pandemik
Undian menyusul beberapa jam selepas ahli perwakilan Demokrat menyuarakan keputusan mereka merancang bantuan COVID-19 tanpa sokongan Republikan.