TOKYO: Jepun akan mengadakan Istiadat Pengebumian Negara pada musim gugur untuk Shinzo Abe yang maut ditembak minggu lalu ketika berkempen, kata Perdana Menteri Fumio Kishida pada Khamis.
Majlis peringatan itu sebagai penghormatan kepada Abe terhadap "kepimpinan dan kecemerlangan" yang ditunjukkannya sepanjang menjadi Perdana Menteri untuk tempoh lapan tahun dan lapan bulan dan acara berkenaan dijangka dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Sebelum itu pada Selasa majlis pengebumian yang hanya dihadiri waris terdekat dan sahabat handai telah diadakan.
Istiadat Pengebumian Negara untuk pemimpin jarang diadakan.
Kali terakhir Jepun mengadakan majlis peringatan sedemikian pada 1967 untuk mendiang Shigeru Yoshida, yang berkhidmat sebagai perdana menteri ketika kebangkitan negara ini selepas Perang Dunia II.
"Dengan pengebumian negara, kami bersedih dengan (kematian) bekas Perdana Menteri Abe dan kami berazam untuk mempertahankan demokrasi dan sama sekali tidak akan tunduk kepada keganasan," kata Kishida pada sidang media.
Kematian Abe sejurus sebelum pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri pada Ahad menggemparkan negara yang terkenal dengan kawalan senjata api yang ketat dan keganasan politik jarang berlaku.
Kishida berkata Abe layak menerima pengebumian negara kerana sumbangan besarnya kepada Jepun, termasuk memimpin ke arah pemulihan daripada tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda pada Mac 2011.
Tragedi gempa dan tsunami itu turut mencetuskan insiden nuklear yang disifatkan terburuk sejak Chernobyl.
Mendiang juga memainkan peranan penting dalam memulihkan ekonomi Jepun dan meneruskan diplomasi di bawah Pakatan Jepun - Amerika Syarikat.
Kepimpinan mendiang turut mendapat pujian pemimpin asing dan masyarakat antarabangsa dan kematiannya akibat tindakan "keganasan" amat mengejutkan dan menerima ucapan takziah dari dalam dan luar negara, kata Kishida.
Keputusan Kabinet untuk mengadakan pengebumian negara tidak memerlukan kelulusan Parlimen, kata Kishida.
Abe, yang meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2020 kerana masalah kesihatan, adalah seorang tokoh politik yang berpengaruh.
Pada sidang media sama, Kishida turut menjawab soalan mengenai tahap kawalan keselamatan di Nara sehingga membolehkan seorang lelaki bersenjata dengan mudah menghampiri dan menembak bekas perdana menteri itu dari belakang.
"Terus terang saya katakan kawalan keselamatan (Abe) bermasalah. Saya telah mengarahkan siasatan menyeluruh dan penambahbaikan perlu dilakukan," kata Kishida.
Agensi Polis Kebangsaan sedang meneliti insiden itu dan hasilnya dijangka dikeluarkan pada Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Sebelum ini pada Selasa majlis pengebumian yang hanya dihadiri waris terdekat dan sahabat handai telah diadakan. - AP
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula.

Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa
Hasil penilaian ke atas mental Yamagami menunjukkan dia layak untuk dibicarakan.

PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi
Fumio Kishida menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.

Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe.

Mengenang negarawan hebat Shinzo Abe dari kaca mata bekas diplomat
Pada 8 Julai 2022, matahari pertengahan musim panas terbit seperti biasa tetapi ditakdirkan panas tidak sampai ke petang.

Azmin Ali wakili PM ke upacara pengebumian mendiang Shinzo Abe di Tokyo
Upacara tersebut juga merangkumi antara lain, sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

Lelaki bakar diri protes pengebumian negara Shinzo Abe
Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital selepas melecur di seluruh badan untuk mendapat rawatan.

Kos pengebumian bekas PM Jepun, Shinzo Abe dianggar lebih RM53 juta
Perbelanjaan merangkumi kos keselamatan mencecah RM25 juta sementara, jumlah pembiayaan untuk delegasi asing pula sebanyak RM19 juta.

PM Jepun rombak Kabinet
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.