LABUAN BAJO (Indonesia): Isu Myanmar, jenayah rentas sempadan dan 'job scam' jadi topik perbincangan hangat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023, yang berlangsung di bandar Manggarai Barat, provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau telah menyertai tiga mesyuarat pada Selasa - Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri (AMM), Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN Ke-26 (APSC) dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN Ke-33 (ACC ke 33) pada Selasa.
Dalam mesyuarat AMM itu, menteri-menteri membincangkan Konsensus Lima Perkara (5PC) yang kekal sebagai mekanisme utama dalam menangani situasi di Myanmar.
Ia perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh pihak-pihak berkenaan serta menyokong usaha-usaha Pengerusi ASEAN dalam berdialog dengan semua pemegang taruh di Myanmar.
Negara ASEAN akan terus menerajui usaha-usaha kemanusiaan di Myanmar menerusi Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre) dan bersetuju perlunya keganasan dihentikan segera bagi memudahcara usaha-usaha kemanusiaan, kata Zambry dalam sidang media.
Beliau berkata peranan utusan khas (special envoy) ASEAN ke Myanmar, yang kini giliran Indonesia, juga perlu diteruskan untuk mengelakkan timbulnya masalah apabila berlaku pertukaran Pengerusi ASEAN.
Beliau berkata dalam mesyuarat itu menteri-menteri juga mengambil maklum mengenai kecenderungan negara luar (external partner) seperti Arab Saudi, Panama dan Sepanyol untuk mewujudkan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).
"Negara-negara luar melihat ASEAN ini berkembang dan dapat bergerak dalam keadaan yang baik," katanya, sambil menambah Malaysia mengulangi sokongan permohonan Maldives untuk menyertai TAC.
Zambry turut menyampaikan laporan berhubung kedudukan Malaysia sebagai negara koordinator yang dipertanggungjawabkan untuk menyusun pertemuan Sidang Kemuncak ASEAN-Kanada pada September dan ASEAN-GCC di Riyad, Arab Saudi pada Oktober.
Di mesyuarat APSC, Malaysia menekankan berkenaan jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagangan manusia yang menjadi antara isu utama di rantau Asia Tenggara khususnya yang berkaitan dengan job scam (tawaran pekerjaan palsu).
"Malaysia telah memaklumkan mengenai usaha-usaha negara di peringkat domestik dan serantau dalam membendung dan membanteras isu ini termasuk penubuhan Mesyuarat Antara Agensi berhubung Penyelarasan Isu Sindiket Tawaran Pekerjaan Palsu yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri.
"Mekanisme ini juga telah mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak termasuk INTERPOL dan ASEANAPOL bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat awam," katanya.
Zambry berkata Malaysia juga akan meneruskan kerjasama erat dengan Kemboja dan Thailand bagi tujuan perkongsian maklumat, penyelarasan misi bantuan, mengenal pasti sindiket-sindiket yang berkaitan dan dalam melaksanakan siasatan secara komprehensif bagi mendakwa pihak-pihak yang terlibat.
Sementara itu di Mesyuarat ACC ke-33, Malaysia menyambut baik kemajuan dalam pelaksanaan "Syor Memperkasa Kapasiti ASEAN dan Keberkesananya sebagai Institusi", serta menambah baik mekanisme-mekanisme yang diterajui ASEAN.
Mengenai Timor-Leste, Malaysia turut mengulangi sokongan terhadap permohonan negara itu untuk menyertai ASEAN dan mengalu-alukan sidang kemuncak menerima pakai Pelan Hala Tuju Penyertaan Timor-Leste ke ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Zambry berkata peranan utusan khas (special envoy) ASEAN ke Myanmar, yang kini giliran Indonesia, juga perlu diteruskan untuk mengelakkan timbulnya masalah apabila berlaku pertukaran Pengerusi ASEAN. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan
Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Malaysia manfaatkan kepakaran Thaksin untuk pacu kemajuan ASEAN
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Malaysia teguh pertahankan prinsip dasar luar
Malaysia kekal teguh dalam mempertahankan prinsip dasar luar yang mementingkan ekonomi terbuka, keamanan dan berkecuali sambil menolak sebarang bentuk ketidakadilan.
Malaysia perlu cadang langkah lebih tegas tangani isu hak asasi manusia di ASEAN - Penganalisis
Malaysia perlu mencadangkan langkah lebih tegas dalam menangani isu hak asasi manusia yang berlaku di peringkat negara-negara anggota ASEAN.
PM cuba bawa kejayaan Thaksinomik ke seluruh ASEAN - Penganalisis
Lantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat kepada Pengerusi ASEAN adalah usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa kemakmuran ekonomi ke seluruh negara ASEAN.
Trafik penumpang udara naik kepada 8 juta pada November 2024 - MAVCOM
Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024.
ASEAN perlu ambil sikap neutral proaktif tangani kuasa-kuasa besar - Penganalisis
ASEAN perlu mengambil sikap berkecuali proaktif dalam menangani pertembungan kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan China.
ASEAN25: Malaysia perlu cadang langkah tambahan manfaatkan ZOPFAN bantu ekonomi rakyat – Bekas Duta Besar
Malaysia perlu memanfaatkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi meningkatkan kegiatan ekonomi berasaskan rakyat di Malaysia dan negara-negara anggota.