KUALA LUMPUR: Israel ketika ini sedang bergerak masuk ke dalam perangkapnya sendiri selepas rejim itu membuka lebih banyak medan perang dengan negara-negara di Asia Barat. 


Ringkasan AI
  • Israel dalam Perangkap Sendiri: Israel sedang menghadapi kesukaran selepas membuka lebih banyak medan perang dengan negara-negara di Asia Barat. Penolakan Naratif Israel: Terdapat peningkatan dalam penolakan terhadap naratif yang cuba dibina oleh Israel di peringkat badan dunia seperti PBB, ICJ, dan ICC. Operasi Ketenteraan dan Kecaman Antarabangsa: Israel sedang menjalankan operasi ketenteraan aktif di Palestin dan Lubnan, yang telah menyebabkan kematian ramai orang awam.


Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata, beberapa siri penolakan terhadap naratif yang cuba dibina Israel kian nyata di peringkat badan dunia. 

“Walaupun kita tahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak mampu berdepan dengan kekuatan dan keangkuhan Israel yang ditumpang dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat merupakan ibu tumpang Israel. 

“Berdasarkan realiti semasa, kita yakin Israel sedang masuk dalam perangkapnya sendiri. Mereka merancang, tetapi mereka merancang untuk memerangkap diri mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

Tambah Hafidzi, pendapat nasihat ICJ yang mengisytiharkan pendudukan Israel di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan kepungan Gaza sebagai melanggar undang-undang dan sokongan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) terhadap keanggotaan penuh Palestin merupakan suatu kemenangan moral.

Israel ketika ini sedang menjalankan operasi ketenteraan secara aktif di Palestin dan terbaharu serangan bertali-arus ke atas Lubnan.

Kedua-dua operasi rejim Israel yang telah membunuh ramai orang awam itu menjadi tumpuan dunia dan dibahaskan dalam pelbagai forum di peringkat PBB.

Agenda AWANI: Israel serang Lubnan: Perang besar di Asia Barat