BAITULMAQDIS: Israel bakal memfailkan dakwaan terhadap imam di Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri yang dikatakan menghasut, lapor Agensi Anadolu.
Kementerian Kehakiman Israel memaklumkan, Sabri akan dituduh kerana menghasut 'keganasan' selepas mengucapkan takziah kepada keluarga rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel.
Malah, kementerian itu turut berkata, keputusan tersebut telah diluluskan oleh Peguam Negara Israel, Gali Baharav-Miara.
Dalam pada itu, peguam bela untuk imam Masjid Al-Aqsa, Khaled Zabarqa menyalahkan tekanan daripada kumpulan sayap kanan Israel atas tindakan Tel Aviv memfailkan tuduhan terhadapnya.
"Ini adalah penganiayaan politik, agama dan intelektual yang dilakukan oleh kumpulan sayap kanan yang melampau untuk menyebarkan huru-hara," katanya.
Sabri ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki selama beberapa bulan.
Imam berusia 85 tahun itu adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin.
Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Feb 22 2024

Imam berusia 85 tahun itu adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin. - Foto X/@GlobeEyeNews

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tindakan Israel tahan, usir Imam Besar Masjid Al-Aqsa perbuatan keji - Peguam
Tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel sebenarnya tidak sah kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.

Israel bebaskan Imam Sheikh Ekrima Sabri, halau dari masjid Al-Aqsa
Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel selepas ditahan selama beberapa jam.

Israel mahu dakwa imam Masjid Al-Aqsa
Imam berusia 85 tahun itu adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.