Perdana Menteri Israel itu berpendapat, Iran melakukan 'kesilapan besar' dan 'akan membayar’ tindakan itu.
Bercakap semasa pembukaan mesyuarat Kabinet, Netanyahu berkata, Iran "tidak memahami" tekad negaranya untuk membalas serangan terhadap musuhnya.
"Mereka (Iran) akan faham.
"Kami akan mematuhi peraturan yang kami tetapkan: sesiapa yang menyerang kami - kami akan menyerang" mereka,” ikrar Netanyahu.
Pada Selasa, Iran dilaporkan melancarkan 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap serangan zionis terhadap sekutunya, Hezbollah di Lubnan.