IRAN menggunakan peluru berpandu hipersonik Fattah 1 buat kali pertama semasa melakukan serangan ke atas Israel pada Selasa, menurut laporan media tempatan, Mehr News.

Fattah dianggap sebagai peluru berpandu hipersonik pertama Iran yang dihasilkan dalam negara.

Tentera Iran yang melancarkan senjata itu tahun lepas mendakwa, ia boleh bergerak sehingga 15 kali ganda kelajuan bunyi dan mampu "mensasarkan sistem pertahanan peluru berpandu."