IRAN akan berperang habis-habisan jika ia diserang amerika syarikat dan sekutu rapatnya, yang juga penjaga dua Tanah Suci, Arab Saudi.
Ketegasan itu disuarakan Menteri Luar Iran, Javad Zarif menerusi sebuah laporan di CNN.
Meskipun begitu, beliau menyuarakan harapan Iran supaya ketegangan dapat dielak.
Iran sebuah negara yang dituduh Washington sebagai kuasa kepada segala kejahatan, juga menyatakan kesediaan negaranya berunding dengan Arab Saudi atau Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Zarif yang melawat Kuala Lumpur baru-baru ini, turut menafikan dakwaan Washington bahawa negaranya menjadi dalang dalam serangan ke atas lapangan minyak Aramco di Arab Saudi pada 14 September lepas.
Pemberontak Houthi di Yaman, sebelum ini sudah mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut.
Arab Saudi terdahulu mengetuai serangan ke atas kedudukan Houthi, dalam usaha membantu kerajaan Yaman memulihkan semula kuasanya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan antara Mac 2015 hingga Disember 2017, sehingga 13,000 orang terbunuh akibat krisis ini.
Sementara pada 2018, PBB memberi amaran, 13 juta warga Yaman dikhuatiri berdepan kebuluran.
Dalam pada itu, Amerika Syarikat mengukuhkan lagi sokongannya kepada Arab Saudi susulan serangan di lapangan minyak di Abqaiq dan Khurais.
Sokongan itu dinyatakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo kepada Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Bin Salman dalam pertemuan di Riyadh.
Dalam satu kenyataan di laman Twitter, Pompeo berkata, Amerika Syarikat akan kukuh di belakang bersama Arab Saudi dan haknya dalam mempertahankan diri.
Pada Rabu, Pompeo menyifatkan serangan ke kilang pemprosesan minyak Saudi sebagai satu tindakan perang oleh Iran.
Dia juga menuduh Iran mendalangi serangan itu.
Agensi
Thu Sep 19 2019
![Iran akan perang habis-habisan jika diserang Amerika, Arab Saudi Iran akan perang habis-habisan jika diserang Amerika, Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61568901495_JavadZarif.jpg)
Zarif turut menafikan dakwaan Washington bahawa negaranya menjadi dalang dalam serangan ke atas lapangan minyak Aramco di Arab Saudi pada 14 September lepas. - Foto AP
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719100205_tbTheHouthis.jpg)
Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa
Houthi dakwa sertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi.
![Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718068829_Houthis.jpg)
Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
![Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710211008_YahyaSarea.jpg)
Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715298348_Houthisupporters.jpg)
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
![Dua maut dalam serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah Dua maut dalam serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709763527_Commercialships.jpg)
Dua maut dalam serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah
Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang menyebabkan kapal True Confidence terbakar di sekitar 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.
![Houthi sasar dua kapal pemusnah AS Houthi sasar dua kapal pemusnah AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709682761_Houthisupporters.jpg)
Houthi sasar dua kapal pemusnah AS
Kapal-kapal itu disasarkan dengan teknologi ketenteraan, serangan beberapa peluru berpandu dan dron tentera laut.
![Pemimpin Houthi dakwa telah capai kemenangan sebenar Pemimpin Houthi dakwa telah capai kemenangan sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707438675_TBAbdulMalikalHou.jpg)
Pemimpin Houthi dakwa telah capai kemenangan sebenar
Banyak syarikat perkapalan komersial telah mengalihkan kapal dari laluan perkapalan penting itu.
![Houthi lancar peluru berpandu balistik di Israel Houthi lancar peluru berpandu balistik di Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706912086_YAHYASAREA.jpg)
Houthi lancar peluru berpandu balistik di Israel
Houthi melancarkan peluru berpandu balistik di bandar Israel, Eilat pada Jumaat.
![Pemberontak Houthi umum serang kapal dagang Amerika Syarikat Pemberontak Houthi umum serang kapal dagang Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706740858_YAHYASAREA.jpg)
Pemberontak Houthi umum serang kapal dagang Amerika Syarikat
Yahya Sarea dalam satu kenyataan memaklumkan angkatan bersenjata Yaman telah menyerang kapal dagang Amerika yang diberi nama 'KOI'.