KUMPULAN pejuang Houthi mengumumkan bahawa kumpulannya telah mencapai "kemenangan sebenar".
Pemimpinnya, Abdul-Malik al-Houthi berkata, ia susulan kejayaan mereka meningkatkan serangan ke atas kapal di Laut Merah dan menghalang semua pergerakan kapal yang mempunyai hubung kait dengan Israel.
"Operasi diteruskan minggu ini ke laut dan Selat Bab al-Mandab. Pergerakan kapal-kapal yang dikaitkan dengan Israel menjadi hampir tidak wujud.
"Bagi kapal-kapal musuh Israel, pergerakan mereka telah berhenti sepenuhnya dari Selat Bab al-Mandab ke Laut Merah dan ini adalah pencapaian sebenar dan kemenangan sebenar," katanya.
Susulan peningkatan intensti serangan di Laut Merah, banyak syarikat perkapalan komersial telah mengalihkan kapal dari laluan perkapalan penting itu.
Mereka bertindak demikian sebagai tanda solidariti ke atas rakyat Palestin ketika Israel dan Hamas melancarkan perang di Gaza.
Amerika Syarikat dan negara-negara lain pada Disember melancarkan misi serangan di Laut Merah berikutan kebimbangan ekonomi global dalam salah satu saluran perdagangan utama dunia.
Beberapa negara sekutu, terutamanya Eropah, telah menimbulkan keraguan tentang rancangan itu, sekali gus menolak idea untuk turut sama di bawah rancangan Washington.
Astro Awani
Fri Feb 09 2024
Abdul-Malik berkata pergerakan kapal-kapal yang dikaitkan dengan Israel menjadi hampir tidak wujud. - Foto REUTERS
Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa
Houthi dakwa sertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi.
Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Dua maut dalam serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah
Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang menyebabkan kapal True Confidence terbakar di sekitar 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.
Houthi sasar dua kapal pemusnah AS
Kapal-kapal itu disasarkan dengan teknologi ketenteraan, serangan beberapa peluru berpandu dan dron tentera laut.
Pemimpin Houthi dakwa telah capai kemenangan sebenar
Banyak syarikat perkapalan komersial telah mengalihkan kapal dari laluan perkapalan penting itu.