KUALA LUMPUR: Presiden yang baharu dipilih, Masoud Pezeshkian berkata Iran di bawah kepimpinannya akan mengikuti dasar luar yang didorong peluang dengan mewujudkan keseimbangan dalam hubungan dengan semua negara, sejajar dengan kepentingan nasional, pembangunan ekonomi, dan keperluan keamanan serta keselamatan serantau dan global.
Dalam artikel pertama yang diterbitkan sejak memenangi Pilihan Raya Presiden pada 5 Julai, Pezeshkian, 69, berkata dasar luar Iran diasaskan pada prinsip "bermaruah, bijaksana, dan cermat ", dengan pembentukan dan pelaksanaan dasar negara itu menjadi tanggungjawab presiden dan kerajaan.
Pezeshkian berkata beliau akan mengutamakan pengukuhan hubungan dengan negara jiran untuk mempelopori pembentukan "rantau yang kuat" berbanding "di mana satu negara mengejar hegemoni dan dominans ke atas yang lain."
"Saya ingin menegaskan bahawa pentadbiran saya akan berpandukan komitmen untuk mengekalkan maruah Iran dan kaliber antarabangsanya dalam semua keadaan.
Saya berhasrat untuk memanfaatkan semua kuasa yang diberikan kepada pejabat saya untuk mencapai objektif utama ini. Sehubungan itu, kami akan mengalu-alukan usaha ikhlas untuk meredakan ketegangan dan akan membalas hasrat yang baik dengan hasrat yang baik," katanya dalam artikel bertajuk "Mesej Saya kepada Dunia Baharu" yang diterbitkan di Tehran Times pada Jumaat.
Beliau berkata sebagai langkah pertama, pentadbirannya akan menggesa negara jiran Arab Iran untuk bekerjasama dan menggunakan semua kelebihan politik dan diplomatik untuk mengutamakan pencapaian gencatan senjata kekal di Gaza dan menghalang perluasan konflik.
"Kita mesti bekerja dengan tekun untuk menamatkan pendudukan yang berlarutan yang telah memusnahkan kehidupan empat generasi rakyat Palestin.
Dalam konteks ini, saya ingin menegaskan bahawa semua negara mempunyai kewajipan yang mengikat di bawah Konvensyen Genosid 1948 untuk mengambil langkah mencegah genosid; tidak memberi ganjaran kepadanya melalui penormalan hubungan dengan pelaku.
Pezeskhian berkata Iran menantikan kerjasama dengan Turkiye, Arab Saudi, Oman, Iraq, Bahrain, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, dan organisasi serantau untuk memperdalam hubungan ekonomi, mengukuhkan hubungan perdagangan, mempromosikan pelaburan usaha sama, menangani cabaran bersama, dan bergerak ke arah mewujudkan kerangka serantau untuk dialog, pembinaan keyakinan dan pembangunan berpandukan prinsip dasar luar Iran.
Beliau juga menyatakan penghargaan kepada China dan Rusia yang sentiasa menyokong Iran dalam keadaan mencabar.
Pada 2023, China memainkan peranan penting dalam memudahkan penormalan hubungan Iran dengan Arab Saudi, menunjukkan wawasan konstruktif dan pendekatan berfikiran ke hadapan dalam hal ehwal antarabangsa, kata Pezeshkian, sambil menambah bahawa Rusia adalah sekutu strategik yang dihargai dan jiran kepada Iran dan pentadbirannya akan terus komited untuk mengembangkan dan meningkatkan kerjasama itu.
"Iran berusaha ke arah keamanan untuk rakyat Rusia dan Ukraine, dan kerajaan saya akan bersedia secara aktif menyokong inisiatif yang bertujuan mencapai objektif ini.
Saya akan terus mengutamakan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan Rusia, khususnya dalam rangka kerja seperti BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan), Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan Kesatuan Ekonomi Eurasia," kata Pezeshkian.
Presiden yang dipilih itu berkata beliau komited untuk memupuk hubungan yang saling memanfaatkan pemain antarabangsa yang muncul di Selatan Global, terutamanya dengan negara-negara Afrika dan hubungan Iran dengan Amerika Latin adalah kukuh dan akan terus dikekalkan dan diperdalam untuk memupuk pembangunan, dialog dan kerjasama dalam semua bidang.
Mengenai hubungan dengan Eropah, Pezeshkian berkata beliau menantikan dialog konstruktif dengan negara-negara Eropah untuk meletakkan hubungan di landasan yang betul, berdasarkan prinsip saling menghormati dan kedudukan yang sama rata.
Pezeshkian berkata Amerika Syarikat perlu mengakui realiti dan memahami, sekali dan untuk semua, bahawa Iran tidak dan tidak akan bertindak balas terhadap tekanan.
Beliau menegaskan bahawa doktrin pertahanan Iran tidak termasuk senjata nuklear dan menggesa Amerika Syarikat untuk belajar daripada kesilapan masa lampau dan menyesuaikan dasar mereka dengan sewajarnya.
"Pembuat keputusan di Washington perlu mengakui bahawa dasar yang terdiri daripada melaga-lagakan negara-negara serantau antara satu sama lain tidak berjaya dan tidak akan berjaya pada masa depan. Mereka perlu menerima kenyataan ini dan mengelakkan daripada memburukkan ketegangan semasa," katanya.
Pezeshkian berkata rakyat Iran telah memberi mandat kuat kepadanya untuk gigih mengejar penglibatan konstruktif di peringkat antarabangsa sambil menuntut hak, maruah dan peranan yang sepatutnya untuk Iran di rantau ini dan dunia.
"Saya sangat menghargai kepercayaan mereka dan komited sepenuhnya untuk memupuk konsensus, baik di dalam negeri mahupun antarabangsa, untuk menunaikan janji yang saya buat semasa kempen saya.
Saya secara terbuka mengalu-alukan mereka yang sudi menyertai kami dalam usaha bersejarah ini," katanya.
Pezeshkian, seorang pakar bedah jantung yang terlatih telah dipilih sebagai presiden kesembilan Iran selepas mengalahkan Saeed Jalili, dalam Pilihan Raya Presiden pusingan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024

Pezeshkian ketika berucap pada satu majlis di pinggir Tehran, Iran, 6 Julai 2024. (Foto AP)

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Trump sedia buat perjanjian dengan Iran, daripada ambil tindakan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan kesediaan beliau untuk membuat satu perjanjian dengan dengan Iran sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.

Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.

IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.

Malaysia gariskan visi kepengerusian ASEAN 2025 dalam persidangan di Tehran
Ia menyerlahkan visi Malaysia yang bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan' sebagai asas penyatuan untuk penglibatan serantau dan global.

Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.