Insiden berbalas tembakan dan letupan bom mengegarkan wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand hari ini.
Dua lelaki, dipercayai anggota kumpulan bersenjata, maut dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Kg Balak, Sai Buri, kira-kira 12.40 awal pagi (waktu tempatan) hari ini.
Ketua Polis Wilayah Pattani Mej. Jen. Jirawat Payoontham berkata dalam insiden itu, kedua-dua lelaki berusia 42 dan 34 tahun itu ditemui maut, selepas kejadian berbalas tembakan dengan pihak keselamatan Thailand, yang sedang bertugas di pos kawalan keselamatan.
"Kedua-dua lelaki yang sedang menaiki motosikal enggan berhenti untuk pemeriksaan dan cuba melarikan diri, dengan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pos kawalan.
"Renjer yang bertugas turut melepaskan tembakan dan terkena kedua-dua suspek. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
"Polis menemui sepucuk pistol pada salah satu mayat," katanya ketika dihubungi.
Tidak jauh dari tempat kejadian, Jirawat berkata polis juga menemui satu objek yang mencurigakan.
"Unit pemusnah bom yang memeriksa objek tersebut mendapati, ia adalah bom buatan sendiri seberat 30 kilogram yang dipasang pada tong gas memasak dan ia berjaya dimusnahkan," katanya.
Beliau berkata polis percaya kedua-dua lelaki itu mahu meletupkan bom buatan sendiri di pos kawalan keselamatan, untuk mencederakan renjer yang sedang bertugas.
Sebelum kejadian itu, Jirawat berkata kira-kira 6 petang semalam, sebuah kenderaan jenis pikup milik Majlis Pentadbiran Mukim Namdam disamun sekumpulan lelaki bersenjata.
Beliau berkata pikup itu kemudiannya dipasang bom buatan sendiri seberat 50 kilogram dan diletupkan di perkarangan Balai Polis Mai Kaen, Pattani, kira-kira 10 malam.
"Lapan buah kenderaan, termasuk lima buah kenderaan polis rosak akibat letupan itu. Selain itu, bangunan balai polis dan bangunan kediaman polis turut mengalami kerosakan," katanya.
Polis percaya keempat-empat kejadian itu dilakukan kumpulan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 01 2019

Dua lelaki, dipercayai anggota kumpulan bersenjata, maut dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Kg Balak, Sai Buri, kira-kira 12.40 awal pagi (waktu tempatan) hari ini.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kes culik: 4 lelaki ditembak mati, babitkan tebusan RM5.5 juta
Polis menumpaskan sekumpulan penjenayah disyaki penculik selepas menembak mati empat individu dalam insiden berbalas tembakan di Skudai, Johor.

Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.

Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan
Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 40 tahun ditemui maut di tempat kejadian.

Genap setahun, Sarjan Norihan imbau serangan penyeludup korbankan 'abang' di sempadan Thailand
Tragedi jam jam 3.10 pagi pada 24 November 2020 itu meninggalkan kesan mendalam buat Sarjan Norihan Tari, 40, yang turut parah terkena tiga das tembakan.

Insiden berbalas tembakan, letupan gegar Pattani
Insiden berbalas tembakan dan letupan bom mengegarkan wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand hari ini.