LONDON: Perlombongan berskala indusri bagi mendapatkan arang batu, emas dan bijih besi menjadi punca utama kepupusan hutan tropika.
Reuters melaporkan, dalam satu kajian tentang impak perlombongan industri terhadap kehilangan hutan tropika, sekumpulan saintis antarabangsa mendapati bahawa empat negara ini perlu dipertanggungjawab - Brazil, Indonesia, Ghana dan Suriname.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences pada Isnin (12 September) itu menunjukkan gabungan keempat-empat negara itu menyebabkan sekitar 80 peratus hutan tropika dunia terkorban akibat operasi perlombongan skala besar dari tahun 2000 hingga 2019.
Ketika sekurang-kurangnya 70 peratus penerokaan hutan dilakukan untuk tujuan agrikultur, saintis melihat perlombongan industri menjadi kebimbangan besar hari ini, memandangkan permintaan global yang terus meningkat terhadap mineral.
Ironinya, mineral-mineral itu diperlukan untuk kegunaan teknologi 'tenaga bersih’ bagi tujuan menghadapi perubahan iklim.
"Transisi tenaga itu memerlukan jumlah mineral yang banyak – tembaga, lithium, kobalt – bagi kegunaan teknologi nyahkarbon.
“Kita memerlukan lebih banyak perancangan dari pihak kerajaan dan syarikat-syarikat untuk mengurangkan kesan perlombongan ke atas masalah kepupusan hutan,” kata penyelidik bersama kajian, Anthony Bebbington, seorang ahli kaji geologi di Clark University, Massachusetts.
Ketika ini, lombong-lombong di seluruh dunia mengekstrak lebih dari dua kali ganda jumlah bahan mentah berbanding tahun 2000, menurut kajian itu.
Kajian berkenaan melibatkan penelitian menggunakan imejan satelit global dan penjejakan data hutan yang diteroka selama dua dekad. Ia bagaimanapun tidak mengambil kira impak dari perlombongan skala kecil, yang sebenarnya juga menyumbang kepada masalah pencemaran.
Namun, bagi tapak perlombongan industri, empat negara mendominasi. Kehilangan terbesar adalah di Indonesia, apabila perlombongan arang batu di Borneo semakin meluas untuk memenuhi permintaan China dan India.
Ghana dan Suriname juga menunjukkan kadar kehilangan hutan berkaitan lombong-lombong emas dan bauksit yang membekal bahan untuk penghasilan aluminium dan produk lain. Di Brazil, perlombongan emas dan bijih besi menjadi puncanya.
Operasi perlombongan sering kali meratakan kawasan hutan untuk peluasan tapak ekstraksi seterusnya ruang penyimpanan, selain tapak untuk membina laluan akses serta petempatan para pelombong.
Aktiviti pembinaan jalan dan pembangunan lazimnya tidak termasuk dalam penilaian impak persekitaran, yang dilakukan sebelum sesebuah lombong diluluskan, kata jurutera alam sekitar, Juliana Siqueira-Gay dari Institut Escolhas di Brazil.
Agensi
Tue Sep 13 2022
Pandangan dari udara sebuah hamparan hutan di Manaus, Amazonas, Brazil yang telah diteroka pada Julai 2022. - Reuters
[TERKINI] Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan Melaka pada petang Khamis.
KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Nahas Jeju Air: Bulu burung, darah ditemui dalam kedua-dua enjin pesawat - Sumber
PENYIASAT menemui bulu burung dan darah dalam kedua-dua enjin pesawat Jeju Air yang terhempas di Korea Selatan bulan lalu.
Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan
Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan.
Israel dijangka luluskan gencatan senjata Gaza, perjanjian tebusan - Pejabat Netanyahu
Kabinet Israel akan bermesyuarat untuk memberikan kelulusan akhir terhadap perjanjian dengan Hamas bagi gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan pembebasan tebusan, menurut pejabat Netanyahu.
Rekod kebangsaan 100m Zaidatul telah diiktiraf WA - KOM
Perkara itu disahkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam hantaran menerusi Facebook rasminya.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Hala tuju kerajaan adalah penggunaan bas EV - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa 310 bas diesel ini merupakan batch terakhir sebelum mendapat 250 buah bas EV yang kini sedang dalam proses tender.
#AWANInews
#AWANInews
[KOLUMNIS] Perlombongan dasar laut dalam: Bersediakah Malaysia?
Mineral dasar laut dalam ini berpotensi menyokong pengeluaran besar-besaran elektronik penting seperti telefon pintar dan tablet.
Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
SOP perlombongan unsur nadir bumi dijangka dikuat kuasa tahun ini
Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) dijangka dikuatkuasakan tahun ini.
Afghanistan mulakan perlombongan zamrud
Zamrud Panjshir Afghanistan popular dalam kalangan komuniti perniagaan global sebagai batu berharga berkualiti tinggi.
Garis panduan, SOP baharu berkaitan REE dirangka - Nik Nazmi
Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan dan SOP berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam masa terdekat.
Perak sasar hasil perlombongan 'lantanid' tahun depan - Saarani
Ketika ini, kerajaan negeri sedang menunggu keputusan daripada kementerian yang terlibat sebelum proses perlombongan dapat dimulakan.
Pertumbuhan IPP Malaysia meningkat 3.1 peratus pada Mac 2023 - DOSM
Bagaimanapun, indeks elektrik menyusut kepada negatif 0.3 peratus pada Mac daripada pertumbuhan positif 1.1 peratus pada Februari 2023.
Pembangkang jangan hasut, kelirukan rakyat dalam isu perlombongan lantanid - MB Perak
Kerajaan Perak mengingatkan pihak parti pembangkang agar tidak menghasut dengan mengelirukan rakyat berhubung isu perlombongan nadir bumi lantanid di Gerik.