PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam masa terdekat.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan adanya SOP itu, ia dapat memastikan sebarang pengeksploitasian REE dibuat secara lestari seterusnya dapat menangani isu perlombongan haram di negara ini.
"Antara kebimbangan kita adalah kita tidak mahu REE terus dieksport dalam keadaan mentah dan tak dapat tambah nilai daripada perkara ini.
"Kita tahu permintaan ke atas REE sangat tinggi, dengan peralihan tenaga pada ketika ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden kecurian REE terbaharu di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, Kedah, di mana polis telah menahan sembilan individu termasuk empat warga Myanmar pada 21 Jun lalu.
Mereka yang berusia antara 22 dan 60 tahun itu ditahan kerana dipercayai mencuri 99 kilogram REE.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, Majlis Mineral Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sudah mengarahkan kementeriannya untuk menyelaras SOP itu secepat mungkin.
Astro Awani
Fri Jul 14 2023
Nik Nazmi ketika Sidang Media mengenai Penambahbaikan Pelaksanaan Serta Penetapan Kadar Premium Baharu Program Green Electricity Tariff (GET) di Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim hari ini. - Foto BERNAMA
Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.
Penggabungan CAAM-MAVCOM dijangka pada separuh kedua 2025
Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini.
KPDN serbu tiga premis seleweng barang kawalan bersubsidi
KPDN melakukan tiga serbuan berasingan ke atas premis disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan serta ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi pada 15 dan 16 Jan lepas.
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Projek pembangunan mesra alam inisiatif kekal kelestarian alam
Projek pembinaan yang menerapkan teknologi tinggi mampu mengurangkan pelepasan karbon serta penggunaan tenaga dengan penyelenggaraan pada kadar minimum.
Petrol Euro 5 tidak akan beban pengguna - Nik Nazmi
Penggunaan petrol Euro 5 yang akan mula dilaksanakan September tahun hadapan tidak akan meningkatkan harga bahan api itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim - Nik Nazmi
Walaupun Malaysia menghasilkan hanya 0.8 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dunia, negara ini sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim.
METMalaysia diarahkan perbaiki kekerapan amaran cuaca
Langkah ini bertujuan memastikan kemas kini lebih kerap dikeluarkan semasa tempoh cuaca melampau yang dijangka berlaku.
Orang ramai diminta ambil perhatian ramalan, amaran cuaca MetMalaysia - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata sistem amaran di negara ini sentiasa berfungsi dengan baik terhadap ramalan dan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan MetMalaysia.
PKS penting untuk capai matlamat sifar bersih - Nik Nazmi
Melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha menuju kelestarian adalah satu daripada cabaran utama bagi Malaysia mencapai cita-cita sifar bersih.