Imran yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Pakistan bermula 2018 hingga 2022, baru sahaja menyambut 'ulang tahun' setahun dalam penjara atas pelbagai tuduhan antaranya rasuah.
Berhubung permohonan Imran untuk menjadi canselor universiti terkemuka di Britain itu, perkara itu disahkan oleh jurucakap parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang berpangkalan di London kepada AFP.
"Imran Khan telah memberikan arahan bahawa beliau ingin mengemukakan permohonan dan kini pemeriksaan permohonan akan dilakukan.
"Ia adalah jawatan adat istiadat tetapi dengan prestij dan kepentingan yang amat tinggi dan Imran Khan, sebagai salah seorang nama besar atau lebih popular yang muncul dari Oxford, akan menjadi sesuatu yang gemilang untuk melihat beliau menjadi Canselor," kata jurucakap itu lagi.
Dalam perkembangan sama, Chris Patten yang juga gabenor terakhir Britain di Hong Kong merangkap ahli politik dari parti Konservatif, mengumumkan pada Februari lalu akan melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Oxford.
Menurut laman web universiti berkenaan, senarai calon untuk penggal selama 10 tahun tidak akan diumumkan sehingga Oktober, dengan pengundian akan dilaksanakan pada akhir bulan.
Imran menamatkan pengajian di Universiti Oxford pada 1975 dalam jurusan falsafah, politik dan ekonomi.
Semasa zaman mudanya, beliau aktif dalam gelanggang sukan dan muncul pemain kriket termasyhur.
Bahkan, beliau juga terkenal dengan gaya hidup playboynya dan sering menghiasi halaman majalah gosip Britain.
Selain nama Imran, beberapa individu terkenal termasuk dalam kalangan alumni Universiti Oxford lain disebut-sebut turut mengemukakan nama sebagai calon Canselor universiti itu.
Antara mereka ialah bekas bekas Setiausaha Luar Britain, Willian Hague dan bekas Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Peter Mandelson. - AFP