Ini kerana situasi banjir dan angin kencang dilaporkan mengganggu kehidupan harian penduduk.
Menurut pakar meteorologi Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan Argentina, Matias Reinoso, nilai hujan terkumpul telah melebihi 100 milimeter di beberapa lokaliti Wilayah Buenos Aires.
Ini sekali gus menunjukkan nilai jangkaan pada bulan Mac telah melebihi selepas beberapa jam hujan.
Dalam pada itu, hujan dan angin kencang berterusan menyebabkan penerbangan mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza yang berada di bawah amaran tahap merah.
Amaran ribut tahap oren juga meliputi empat wilayah lain di Argentina iaitu Cordoba, Santa Fe, La Pampa dan Entre Rios.