TOKYO: Jepun mengalami kekurangan telur ayam dan lonjakan harga akibat wabak selesema burung dan peningkatan kos makanan serta buruh, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Keadaan itu juga menyebabkan harga juadah istimewa dan popular di restoran Jepun turut meningkat.
Sehingga Rabu, harga borong telur bersaiz sederhana di Tokyo ialah 335 yen (AS$2.49) sekilogram, meningkat 81 peratus berbanding setahun lalu, menurut data penjual telur tempatan JA. Z-Tamago.
Harga itu melebihi paras tertinggi sejak 1986 iaitu 280 yen (AS$2.08).
Sejak wabak selesema burung melanda Jepun akhir tahun lalu, penternak ayam telah mengurangkan bilangan ayam telur susulan kenaikan harga makanan yang melambung tinggi sekali gus menyebabkan bekalan telur tidak stabil.
Rangkaian restoran seperti Sukiya, Yoshinoya dan Matsuya telah menaikkan harga produk utama mereka.
Situasi itu menimbulkan kebimbangan tambahan kepada pengguna dan pembekal tempatan kerana telur biasanya merupakan antara barangan makanan yang harganya paling stabil di Jepun.
Pada Disember lalu, inflasi pengguna Jepun mencecah empat peratus berbanding tahun sebelumnya, paras tertinggi dalam tempoh 41 tahun, disebabkan kenaikan harga tenaga dan makanan yang tinggi.
Kenaikan harga mungkin tidak akan berakhir serta-merta, kata ketua penganalisis di Institut Penyelidikan Ichiyoshi, Seiichiro Samejima.
"Ia akan mengambil masa kira-kira enam bulan lagi untuk pulih akibat daripada kesan yang dicetuskan oleh selesema burung," kata Samejima.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Sehingga Rabu harga borong telur bersaiz sederhana di Tokyo ialah 335 yen (RM11.04) sekilogram. - Gambar hiasan
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
Jepun akhirnya tamatkan penggunaan cakera liut untuk urusan kerajaan
Menteri Digital Jepun, Taro Kono berkata penggunaan cakera liut secara rasmi tidak lagi dilakukan pada 29 Jun.
KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
Jepun mulakan pelepasan ke-7 air sisa nuklear Fukushima
Jepun pada Jumaat memulakan pusingan ketujuh pelepasan air sisa tercemar nuklear dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik.
Iklan Mechamato terpampang di Tokyo curi perhatian netizen
Siri animasi Mechamato sekali lagi mencuri perhatian peminat animasi tempatan dan luar negara apabila iklan animasi itu terpampang di papan iklan di Tokyo, baru-baru ini.
Hampir 10,000 penduduk di Kagoshima, Jepun dipindah akibat hujan lebat
Hampir 10,000 penduduk bandar Tokunoshima di wilayah Kagoshima, barat daya Jepun dipindahkan akibat ancaman tanah runtuh susulan hujan lebat, menurut pihak berkuasa, lapor Sputnik.
Johari Abdul hadiri makan malam dihoskan rakan sejawat di Jepun, Fukushiro Nukaga
Majlis itu diadakan di Kediaman Rasmi Speaker di Chiyoda di Tokyo dan turut dihadiri oleh isteri Nukaga iaitu Mieko.
Johari diberi penghormatan oleh rakan sejawat dari Jepun pada sesi pleno
Nukaga yang mempengerusikan sesi itu, mengalu-alukan ketibaan Johari dan delegasi Parlimen Malaysia dengan disusuli tepukan gemuruh.
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun
Menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, lawatan rasmi itu atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.