GUNUNG Ile Lewotolok di Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur, Indonesia dilapor kembali meletus pada Sabtu.
Memetik laporan Kompas.com, pihak Pos Pemantau Gunung Api (PGA) Ile Lewotolok merekodkan sebanyak 21 kejadian letusan dengan bunyi dentuman kuat berlaku dalam tempoh 12 jam.
Menurut seorang petugas pos tersebut, Fajaruddin M. Balido, gunung dengan ketinggian 1,423 meter (m) itu pada mulanya meletus sebanyak 15 kali dalam tempoh enam jam awal sebelum menyusul enam letupan lagi dalam tempoh sama.
Difahamkan, lava dari gunung berapi meluncur dengan jarak sekitar 300 hingga 800 meter dari pusat letusan.
Dalam kejadian tersebut, kepulan asap kawah dengan tekanan lemah dan berwarna kelabu-hitam turut kelihatan dengan ketinggian antara 500 dan 1,200 meter di atas puncak kawah.
Sementara itu, Ketua Pos PGA Ile Lewotolok, Stanislaus Ara Kian menjelaskan, ketika ini sistem magma mula dibuka semula selepas ditutup sementara dalam tempoh 24 jam lalu.
Pihaknya sedang memantau setiap pergerakan magma, selain mengingatkan penduduk di sekitar lereng gunung agar meningkatkan tahap waspada.
Astro Awani
Sun Jul 03 2022

GUNUNG Ile Lewotolok di Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur, Indonesia dilapor kembali meletus pada Sabtu. - Gambar TWITTER Archeology, Volcano,geology, Adventure

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gunung Ile Lewotolok meletus 21 kali dalam tempoh 12 jam
Difahamkan, lava dari gunung berapi meluncur dengan jarak sekitar 300 hingga 800 meter dari pusat letusan.