ANKARA: Sekurang-kurangnya 3,500 orang terbunuh di Turkiye dan Syria selepas dua gempa bumi terkuat di rantau itu dalam hampir satu abad.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD), angka kematian disahkan di negara itu setakat ini ialah 2,316, manakala 13,293 lagi direkodkan sebagai cedera.
Di Syria, sekurang-kurangnya 1,293 mangsa dilapor terbunuh menakala 3,411 berjaya diselamatkan, menurut angka daripada kerajaan Damsyik dan pekerja penyelamat di wilayah barat laut yang dikawal puak pemberontak.
Angka kematian dijangka meningkat, dengan operasi mencari dan menyelamat dijalankan di seluruh wilayah setelah sekurang-kurangnya 5,606 bangunan runtuh dan dipercayai ramai orang terperangkap dalam runtuhan.
Lebih 10 pasukan mencari dan menyelamat dari Kesatuan Eropah telah digerakkan susulan gempa bumi yang melanda Turkiye, kata jurucakap Suruhanjaya Eropah.
Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Israel, Rusia dan China antara negara lain yang turut menawarkan bantuan.
Gempa pertama melanda ketika orang ramai sedang tidur.
Pada magnitud 7.8, ia antara gempa paling kuat di rantau ini dalam satu abad.
Gegaran turut dirasai sejauh Cyprus dan Kaherah.
Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) berkata, data awal menunjukkan gempa besar kedua berukuran 7.7 magnitud, dikesan pada kedudukan 67km timur laut Kahramanmaraş, Turkiye, pada kedalaman 2km.
Terdapat lebih daripada 100 gegaran susulan lebih kecil direkodkan ahli seismologi.
Pusat gempa pertama yang dikesan berhampiran Gaziantep telah merosakkan istana bersejarah yang telah digunakan sejak zaman Rom.
Loji kuasa nuklear Akkuyu, yang sedang dalam pembinaan, walau bagaimanapun tidak mengalami kerosakan, kata pegawai dari syarikat Rusia yang terlibat dalam pembinaan loji itu.
Pada tahun 1999, gegaran pada magnitud sama telah memusnahkan Izmit dan mengorbankan lebih 17,000 mangsa.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan menyifatkan Isnin sebagai bencana terburuk bagi negara itu sejak 1939, apabila gempa bumi mengorbankan lebih 32,000 orang dan mencederakan lebih 100,000.
Kemusnahan sebahagian istana era Rom di bandar Gaziantep di Turkiye telah menyebabkan kebimbangan bahawa dua gempa bumi yang melanda pada Isnin mungkin telah merosakkan monumen lain yang tidak ternilai di Turkiye dan Syria, kawasan yang kaya dengan warisan budaya.
Astro Awani
Mon Feb 06 2023
Angka kematian dijangka meningkat, dengan operasi mencari dan menyelamat dijalankan di seluruh wilayah setelah sekurang-kurangnya 5,606 bangunan runtuh dan dipercayai ramai orang terperangkap dalam runtuhan. -AP
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Pusat gempa bumi itu terletak 0.1 Selatan dan 122.9 Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada kediaman dan kemudahan awam.
Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Mariana
Pusat gempa bumi itu dikesan di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112km iaitu 2,156km tenggara dari Yokosuka, Jepun.
Gempa bumi 5.7 pada skala Richter landa barat Indonesia
Kekuatan gempa bumi tercatat pada III MMI (Modified Mercalli Intensity) di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli.
Gempa bumi kuat 6.2 skala Ritcher gegar Pantai Utara Papua New Guinea
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Utara Papua New Guinea pada 9.03 pagi ini.
Taiwan dilanda gempa bumi 5.5 magnitud
Pusat gempa terletak di laut, 8.5 kilometer (km) tenggara Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 23.9km.