ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu mengulangi amaran bahawa orang awam di Gaza sedang bergelut dengan kelaparan yang dahsyat dan hampir separuh daripada penduduknya berdepan risiko kebuluran, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu hantaran di X, Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza Thomas White berkata orang ramai sedang kelaparan dan terdesak untuk mendapatkan makanan.
Menurut beliau, sebanyak 40 peratus daripada populasi di Gaza juga berdepan berisiko kebuluran.
"Lebih banyak bekalan secara kerap diperlukan. Kami memerlukan akses kemanusiaan yang selamat dan berkekalan di mana-mana, termasuk ke Utara Gaza," katanya.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, serangan tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt membunuh lebih 21,000 rakyat Palestin dan mencederakan ramai lagi penduduk.
Serangan Israel menyebabkan Gaza 'hancur' dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah dan hampir 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Ketua UNRWA, Phillipe Lazzrini berkata bantuan kemanusiaan yang bermakna, tanpa halangan dan tanpa syarat serta aliran komersial, masih boleh mengubah keadaan dan mencegah kebuluran daripada berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
![Gaza bergelut dengan 'bencana' kebuluran, 40 peratus penduduk berisiko kebuluran Gaza bergelut dengan 'bencana' kebuluran, 40 peratus penduduk berisiko kebuluran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703141348_Water.jpg)
Orang ramai di Gaza sedang kelaparan dan terdesak untuk mendapatkan makanan. -Gambar fail/Reuters
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
![Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721032150_tbNRWAGaza.jpg)
Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan
Anderson berkata pasukan UNRWA dari komuniti kemanusiaan melakukan segala yang mungkin untuk meningkatkan kapasiti perubatan di Gaza.
![Malaysia beri sumbangan tambahan AS$1 juta kepada UNRWA Malaysia beri sumbangan tambahan AS$1 juta kepada UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718144934_AlShifaHospital.jpg)
Malaysia beri sumbangan tambahan AS$1 juta kepada UNRWA
Dengan sumbangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan bantuan Malaysia kepada UNRWA adalah sebanyak AS$5.2 juta sejak November 2023.
![250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA 250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
![Kanak-kanak Palestin lalui apa yang tidak sepatutnya dialami - Ketua UNRWA Kanak-kanak Palestin lalui apa yang tidak sepatutnya dialami - Ketua UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718366156_Children.jpg)
Kanak-kanak Palestin lalui apa yang tidak sepatutnya dialami - Ketua UNRWA
Kanak-kanak Palestin telah melalui apa yang tidak sepatutnya dilihat atau dialami oleh mana-mana kanak-kanak di dunia, kata Philippe Lazzarini.
![UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716161918_Children.jpg)
UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza
UNRWA memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza.
![EU desak siasatan, PBB kecam serangan Israel terhadap sekolah UNRWA di Gaza EU desak siasatan, PBB kecam serangan Israel terhadap sekolah UNRWA di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717759788_Gaza.jpg)
EU desak siasatan, PBB kecam serangan Israel terhadap sekolah UNRWA di Gaza
Beliau menyifatkan serangan itu sebagai "satu lagi contoh mengerikan, harga yang dibayar oleh orang awam".
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Serangan Israel di Rafah: Rakyat Palestin tidak ulangi Nakba 1948 Serangan Israel di Rafah: Rakyat Palestin tidak ulangi Nakba 1948](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716852209_tbGazaStrip.jpg)
Serangan Israel di Rafah: Rakyat Palestin tidak ulangi Nakba 1948
Pelajari daripada peristiwa Nakba 1948, jiwa rakyat Palestin hari ini dilihat masih kekal dengan semangat cintakan tanah air sungguhpun diserang oleh tentera Israel sejak Oktober lepas.
![Serangan Israel: Hampir sejuta orang larikan diri dari Rafah sejak 3 minggu lalu Serangan Israel: Hampir sejuta orang larikan diri dari Rafah sejak 3 minggu lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716896069_Rafah.jpg)
Serangan Israel: Hampir sejuta orang larikan diri dari Rafah sejak 3 minggu lalu
UNRWA berkata penduduk beramai-ramai meninggalkan Rafah walaupun "tiada tempat yang selamat untuk pergi dan di tengah-tengah pengeboman, kekurangan makanan dan air".