Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 83 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pengerusi 'Dialogue and Education Foundation' Ercan Karakoyun berkata Gulen meninggal dunia pada petang Ahad di sebuah hospital di negeri Pennsylvania, AS.
Yayasan itu adalah cawangan Jerman bagi pergerakan transnasional Gulen yang juga dikenali sebagai Hizmet. Ia mengendalikan sekolah, pusat tuisyen dan tadika di Jerman.
Turkiye menyalahkan Gulen dan pergerakannya atas percubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 oleh sebahagian anggota tentera.
Kerajaan menganggap pergerakan itu sebagai organisasi pengganas dan telah menahan ribuan orang yang didakwa mempunyai kaitan dengannya dan Gulen.
Bertahun-tahun selepas cubaan rampasan kuasa yang gagal itu, pihak berkuasa terus menyasarkan individu yang disyaki mempunyai hubungan dengan Gulen, bekas sekutu yang kini menjadi seteru Presiden Recep Tayyip Erdogan.
-- BERNAMA