Pihak yang mahu melihat Turki menjadi sebuah negara sejahtera perlulah memberi masa kepada kerajaan negara itu dan menunggu hasil daripada langkah-langkah yang sedang dilaksanakannya, kata Duta Besar Turki di Malaysia Basak Turkoglu.
"Mereka perlu mempunyai keyakinan terhadap Turki. Sikap berat sebelah atau pendekatan pertimbangan tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana negara," katanya pada taklimat media di Kedutaan Turki di sini, pada Khamis.
Beliau berkata perintah darurat selama tiga bulan yang diisytiharkan pada 21 Julai lepas bertujuan membolehkan kerajaan mempercepat penyiasatan dan melaksanakan proses perundangan terhadap mereka yang mendalangi cubaan rampasan kuasa yang gagal di negara itu.
Menurutnya pengisytiharan perintah darurat di seluruh negara adalah sejajar dengan perlembagaan Turki dan mematuhi sepenuhnya Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia serta tidak menjejaskan urusan harian rakyat tempatan atau asing.
Turkoglu juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana berdiri teguh di belakang kerajaan Turki serta rakyatnya ketika cubaan rampasan kuasa itu.
Menurut kerajaan Turki, cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai itu dilakukan sekelompok anggota Angkatan Bersenjata Turki yang setia kepada Pertubuhan Pengganas Fethullah Gulen (FETO) tetapi ia dapat dipatahkan pada hari berikutnya.
Turki juga menafikan sebarang dakwaan kononnya mereka yang ditahan kerana terlibat dengan cubaan rampasan kuasa itu telah didera atau diberi layanan buruk, kata Turkoglu.
Duta itu berkata Kementerian Kehakiman secara rasminya menyatakan bahawa ia mengalu-alukan kedatangan pemerhati ke Turki bagi mengetahui keadaan yang sebenar.
"Mereka yang mempunyai bukti kukuh bolehlah mendapatkan prosedur undang-undang. Bagaimanapun, sebarang tuduhan perlulah diteliti terlebih dahulu tetapi setakat ini, ia tidak lebih daripada kenyataan media semata-mata," katanya.
Amnesty International mendakwa ia mempunyai bukti kukuh bahawa mereka yang ditahan menjadi mangsa penderaan dan seksaan termasuk dirogol di pusat tahanan rasmi dan tidak rasmi di Turki.
Pertubuhan itu juga menyeru pemantau bebas supaya segera diberi peluang bertemu dengan tahanan susulan cubaan rampasan kuasa itu.
Turkoglu juga menyentuh tentang penyebaran fitnah oleh beberapa pertubuhan media bagi memburuk-burukkan usaha yang dilakukan kerajaan Turki dan badan kehakiman negara itu.
"Melalui pengaruhnya dalam pertubuhan media tertentu, FETO menyebarkan tafsiran tidak tepat tentang perjuangan Turki untuk memulihkan undang-undang dan ketenteraman awam serta melaksanakan keadilan secara berkesan sebagai langkah kerajaan untuk mengenakan tekanan politik atau menindas musuh politiknya," kata beliau.
Duta besar itu berkata cubaan FETO untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik dan berlandaskan perlembagaan, merupakan tindakan ganas dan tidak mendapat sokongan rakyat.
"Cubaan rampasan kuasa itu gagal kerana seluruh rakyat mempamerkan perpaduan yang cukup bersejarah dalam menolak pemberontakan. Mereka terus memelihara demokrasi dengan turun ke jalan raya dan dataran di semua bandar raya setiap malam sejak kejadian itu," katanya.
Dalam cubaan rampasan kuasa itu, lebih 260 orang termasuk anggota tentera dan orang awam dilaporkan terbunuh manakala 8,133 orang ditangkap.
Bernama
Fri Jul 29 2016

Perintah darurat selama tiga bulan yang diisytiharkan pada 21 Julai lepas bertujuan membolehkan kerajaan mempercepat penyiasatan dan melaksanakan proses perundangan. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Berilah kepercayaan kepada Turki - Duta
Pengisytiharan perintah darurat di seluruh negara adalah sejajar dengan perlembagaan Turki dan mematuhi sepenuhnya Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.