QUEBEC, KANADA: Pihak berkuasa Kanada melancarkan siasatan susulan penemuan enam mayat mangsa di paya Sungai Lawrence di Quebec, Kanada berdekatan dengan sempadan Amerika Syarikat (AS).
Portal berita Reuters melaporkan, Pasukan Perkhidmatan Polis Akwesasne Mohawk berkata, kesemua mayat berkenaan ditemukan sekitar pukul 5 petang Jumaat (waktu tempatan).
Dalam sidang media, Timbalan Ketua Polis, Lee-Ann O’Brien berkata, kesemua mangsa terdiri daripada dua keluarga - satu daripadanya berketurunan Romania yang memegang pasport Kanada, sementara sebuah keluarga lagi dari India.
Sekurang-kurangnya juga salah seorang daripada mangsa iaitu bayi yang berumur bawah tiga tahun.
Anak kecil itu yang dipercayai mempunyai ‘pertalian dengan keluarga Romania’ dikesan hilang, kata pihak berkuasa.
“Kesemua mangsa dipercayai sedang dalam usaha untuk memasuki AS secara haram melalui Kanada,” tegas O’Brien.
Berita kematian itu menyusul seminggu selepas AS dan Kanada mengumumkan keputusan memperpanjangkan perjanjian sempadan dua negara yang membenarkan pihak berkuasa mengusir pendatang memasuki sempadan kedua-dua negara di bukan pintu masuk rasmi.
Ketika ini, pihak berkuasa masih menunggu laporan forensik susulan bedah siasat selain keputusan ujian darah untuk mengetahui punca kematian.
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menzahirkan rasa simpati pada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
“Ini merupakan berita yang menyayat hati, khususnya anak kecil merupakan antara mangsa kejadian.
“Kita perlu memahami apa yang sebenarnya terjadi, bagaimana perkara ini boleh berlaku serta melakukan apa yang kita mampu untuk beri jaminan bahawa kita akan mengurangkan kejadian seperti ini berlaku lagi,” kata beliau kepada pemberita.
Agensi
Fri Mar 31 2023
Pasukan pencari dan penyelamat sedang mengesan mangsa pendatang asing yang dilaporkan maut semasa cuba memasuki Amerika Syarikat melalui sungai di Kanada pada Jumaat. - Gambar REUTERS
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.
Juara Olimpik hilang pingat dalam kebakaran Los Angeles akan diberi replika
Bekas perenang Gary Hall Jr akan mendapat replika pingat Olimpik selepas pingatnya musnah dalam kebakaran dahsyat di Los Angeles.
Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.
IWK tambah 30 lori tangki septik tahun ini
Sebanyak 30 lori tangki septik akan ditambah tahun ini untuk meningkatkan perkhidmatan pengosongan tangki menerusi Ops Sedut Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Tiga juta benih udang galah dilepaskan di perairan Melaka
Sebanyak tiga juta benih udang galah akan dilepaskan secara berperingkat di perairan umum sekitar Melaka dengan kerjasama Jabatan Perikanan tahun ini.
Kejayaan koperasi sekolah Malaysia, ANGKASA mahu kongsi sumber dan kepakaran
Kejayaan itu menjadi model kepada masyarakat antarabangsa untuk turut membangunkan koperasi sekolah di negara masing-masing.
Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar
Siklon Dikeledi mendarat di daerah Vohemar, utara Madagascar, kira-kira 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, membawa angin 130 kilometer sejam.
PM tiba di UAE bawa misi ekonomi Malaysia, ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi.
Tumpuan Isnin – 13 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (12 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua keluarga maut dalam cubaan masuk AS melalui sungai di Kanada
Mangsa terdiri daripada sebuah keluarga berketurunan Romania dan India, seorang bayi dilaporkan hilang.