SEORANG hakim di New York mendapati Donald Trump dan anak lelakinya bertanggungjawab atas penipuan menyediakan penyataan kewangan palsu berhubung kekayaan keluarga itu selama lebih kurang satu dekad.
Keputusan Hakim Arthur Engoron itu dibuat pada Selasa, beberapa hari sebelum bermulanya perbicaraan sivil yang melibatkan pejabat Peguam Negara New York dan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.
Engoron memberikan perintah untuk ringkasan keputusan Peguam Negara Letitia James, yang mendapati Trump, anak lelaki beliau dan yang lain, "bertanggungjawab atas pelanggaran berterusan" undang-undang negeri New York.
Beliau mendapati penyataan kewangan yang disediakan oleh keluarga Trump kepada pemberi pinjaman dan syarikat insurans selama lebih sedekad adalah palsu dan mereka berulang kali terlibat dalam penipuan.
Keputusan ini merupakan tamparan hebat kepada Trump dan penolakan penuh terhadap hujahnya bahawa beliau tidak menggandakan nilai padang golfnya, hotel, kediamannya di Mar-a-Lago dan Seven Springs dalam penyataan kewangan yang berulang kali digunakan dalam perniagaan.
Peguam Negara juga memerintahkan sebanyak AS$250 juta (RM1.18 bilion) sebagai nilai ganti rugi, larangan kepada keluarga Trump daripada terlibat sebagai pegawai perniagaan di New York dan menghentikan syarikat itu daripada terlibat dalam urus niaga perniagaan selama lima tahun.
Antara lain, Trump dituduh membesarkan nilai pangsapuri tiga tingkatnya di Trump Tower dengan tiga kali ganda saiz sebenarnya mengakibatkan penilaian berlebihan antara AS$114 juta (RM534 juta) hingga AS$207 juta (RM970 juta), tulis Engoron.
"Ketidakselarasan sebesar ini oleh seorang pemaju hartanah yang menilai ruang hidupnya sendiri selama beberapa dekad, hanya boleh dianggap sebagai penipuan," tulis Engoron.
"Yang memburukkan lagi tingkah laku yang mengganggu defendan adalah kebergantungan mereka yang berterusan terhadap hujah palsu, dalam kertas dan hujahan lisan," tulis Engoron.
Hakim berkenaan menambah: "Itu adalah dunia fantasi, bukan dunia nyata."
Hakim mahkamah negeri menggambarkan pertahanan undang-undang Trump terhadap penyataan kewangannya yang menipu seperti dialog Chico Marx dalam filem komedi "Duck Soup": "Siapa yang akan anda percayai, saya atau mata anda sendiri?"
Peguam Trump, Christopher Kise, menyifatkan keputusan itu sebagai "terputus hubungannya dengan fakta dan undang-undang yang berkuasa." - Agensi
Agensi
Tue Sep 26 2023

Trump tiba di Trump Tower selepas memberi keterangan kepada Peguam Negara New York yang menyaman beliau dan Trump Organization, di New York City, AS, 13 April, 2023. - Gambar fail REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahli Kongres kemukakan usul jadikan hari lahir Trump sebagai cuti umum
Ahli Kongres Amerika Syarikat Claudia Tenney mengemukakan usul menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan.

Tukar nama Teluk Mexico, Presiden Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google
Sheinbaum menegaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Arab Saudi bakal anjur mesyuarat 5 Pihak Arab bincang pembinaan semula Gaza
Arab Saudi akan menganjurkan Mesyuarat Lima Pihak Arab pada 20 Feb untuk membincangkan cadangan Mesir bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.