KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat tilam di Singapura mengiklankan jawatan kosong untuk warga republik itu dengan satu jawatan yang tidak pernah ditemui sebelum ini.
Syarikat tilam Sonno menawarkan jawatan Eksekutif Tidur sebagai sebahagian daripada kempen awam iaitu ‘Dibayar Untuk Tidur’ dan bagi membantu kajian dalam mencari rahsia tidur lebih nyenyak.
Kempen awam itu bertujuan untuk menggunakan penemuan tersebut sebagai data bagi menambah baik produk tilam Sonno agar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Singapura dengan memberikan mereka tidur malam yang lebih nyenyak.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat tersebut, individu yang diterima sebagai Eksekutif Tidur perlu tidur selama lapan jam sehari selama 100 hari di atas tilam keluaran syarikat itu.
“Jawatan untuk tidur secara profesional akan memberitahu kami apa yang diperlukan untuk tidur lebih lena terutamanya sepanjang musim pandemik dan bagaimana untuk membantu mereka mencapai tujuan itu,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli seperti dilapor portal Mothership.
Jawatan itu turut ditawarkan dengan imbuhan sebanyak 1,500 dolar Singapura (RM3,088) sepanjang 100 hari tugasan, ganjaran tilam Sonno bersaiz Queen Original, dua biji bantal dan sehelai cadar percuma.
Calon yang terpilih perlu menggunakan aplikasi ‘Pengesan Tidur’ untuk mengesan pola tidur mereka selama 100 malam mengikut keselesaan bilik tidur mereka sendiri.
Astro Awani
Wed Sep 08 2021

Kempen awam itu bertujuan untuk menggunakan penemuan tersebut sebagai data bagi menambah baik produk tilam Sonno agar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Singapura dengan memberikan mereka tidur malam yang lebih nyenyak. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Dibayar Untuk Tidur', syarikat tilam tawar jawatan Eksekutif Tidur
Tawraan itu sebahagian daripada kempen awam iaitu Dibayar Untuk Tidur dan bagi membantu kajian dalam mencari rahsia tidur lebih nyenyak.